Harian Metro

Bawal inspirasi kecantikan mawar

-

Suatu ketika dulu tudung bawal menjadi pilihan penggemarn­ya, kemudian ditenggela­mkan dengan kepelbagai­an tudung sarung bersengkua­p dan selendang panjang sama ada direka menggunaka­n jahitan separa segera atau dua muka. Sama seperti busana, peralihan dalam rekaan tudung bergerak pantas menjadikan gaya berhijab bertukar saban tahun.

Bermula dua tahun kebelakang­an ini tudung bawal atau segi empat mula mengambil alih balik pasaran apabila pelbagai jenama memasarkan tudung bawal namun dengan sentuhan lebih moden dan versatil. Formulasin­ya mudah, dalam apa juga rekaan tudung yang ditampilka­n ia haruslah selesa dan menjadikan si pemakai lebih anggun apabila menggayaka­nnya.

Carabella Creations, pengeluar tudung premium dan eksklusif jenama Veena Hijab menampilka­n koleksi terhad tudung bawal dan selendang mengambil inspirasi daripada kecantikan mawar.

Menurut pengasas jenama ini Lenny Juvena Azmi atau mesra disapa Veena, mawar diambil sebagai konsep untuk rekaan tudung disebabkan ramai wanita tertarik dengan haruman dan aura yang terdapat pada kuntuman mawar yang memberikan keceriaan kepada si penerimany­a.

“Bermula dari situ saya menghasilk­an rekaan tudung bawal Rosabella Premium menggunaka­n teknologi terkini potongan laser yang masih dianggap baru dalam penghasila­n tudung,” katanya.

Tambahnya lagi, kekuatan pada potongan laser ini selain bentuk bunga yang kemas wanita juga boleh menggayaka­nnya menerusi dua cara, sama ada lilitan dengan bentuk mawar pada bahagian depan atau belakang.

Tudung bawal ini turut disertakan taburan kristal yang didatangka­n dalam tiga warna asas iaitu hitam, kelabu dan merah jambu cerah.

“Tiga warna ini menjadi pilihan kerana sesuai dipadankan dengan semua jenis busana manakala fabrik crepe dipilih kerana lebih lembut dan beralun cantik apabila digayakan,” katanya yang kini mengembang­kan perniagaan­nya ke Brunei.

Selain bawal, untuk penggemar selendang panjang, Veena turut melancarka­n Peony Exclusive Pinless Shawl yang disertakan dengan kerongsang percuma dan Rosabella Eye Lash yang lebih istimewa. Keunikan Rosabella Eye Lash terletak pada jahitan seakan bulu mata yang memberikan kesan segar dan kemas kepada wanita.

Pada masa sama mereka yang gemar tudung segera boleh memilih semi selendang Ixora Premium Printed menggunaka­n fabrik sutera. Ia lebih mudah digayakan, hanya satu lilitan untuk tampak lebih kemas. Koleksi Aidilfitri Veena Hijab boleh didapati menerusi dalam talian atau stokis, ejen jualan dan dropship di seluruh negara. Harga ditawarkan bermula RM79 ke atas bergantung kepada rekaan dan potongan tudung.

 ??  ?? SELENDANG panjang menggunaka­n fabrik crepe mudah digayakan. TUDUNG Peony Exclusive Pinless untuk wanita berkerjaya. ROSABELLA Premium menggunaka­n teknologi laser . WARNA ceria untuk meraikan lebaran.
SELENDANG panjang menggunaka­n fabrik crepe mudah digayakan. TUDUNG Peony Exclusive Pinless untuk wanita berkerjaya. ROSABELLA Premium menggunaka­n teknologi laser . WARNA ceria untuk meraikan lebaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia