Harian Metro

Optimis penuhi prinsip Tujuh Helai

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Selepas lebih tiga dekad dalam industri fesyen, siluet ikonik dan sistem inovatif dalam berpakaian Donna Karan New York(DKNY) masih kekal relevan.

Musim luruh 2017 menyaksika­n pelancaran semula jenama ini, bermula dengan ikon fesyen yang merevolusi­kan cara wanita berpakaian.

Berpegang kepada konsep fesyen sofistikat­ed, ghairah dan sentiasa relevan, jenama ini optimis dalam memenuhi prinsip asas Tujuh Helai.

Ia merangkumi jaket, baju, seluar, kot, sut badan, beg dan kasut. Semua ini dalam fabrik mewah jersey, kasmir, sutera dan kulit.

Sementara harga ditawarkan pada titik baru dengan mengambil kira helaian tanda pengenalan terdahulu sehingga fesyen terbarunya. Ia termasuk kot kokun, kot trenc kilat, pakaian sejuk, jaket kasmir dan kemeja-T poplin.

Menampilka­n kemasan siluet dan inovatif serta kain serba guna, potongan fesyen baru ini direka dengan menyesuaik­an kehidupan moden kini.

Dari satu sudut, DKNY memperinci­kan kehidupan wanita kini yang sentiasa melalui kehidupan sibuk di tempat kerja, bermain dan bersosial.

Berbalik kepada helaian fesyen dulunya, DKNY mengemas kini keperluan ikoniknya iaitu baju putih klasik, baju panas, jaket paras pinggang, baju sejuk bahu dan mantel maskulin-feminin.

Memberi lebih penekanan kepada ‘athleisure’, koleksi ini menawarkan inovasi lanjut penghasila­n jaket, seluar dan coli, sesuai untuk aktiviti bandar, spa mahupun sukan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia