Harian Metro

Unik, comel dengan karakter Nintendo

-

Apa ada pada sehelai kemeja-T sehingga ada individu sanggup berbelanja besar untuk memilikiny­a? Jawapannya mudah. Ia menyerlahk­an gaya tersendiri individu berkenaan. Bagi wanita yang mahu tampil berbeza dengan gaya unik dan comel, bolehlah mula membelek helaian kemeja-T Uniqlo menerusi koleksi UT Grand

Prix 2017 yang sudah berada di pasaran pertengaha­n Mei lalu.

Koleksi istimewa bertema Nintendo yang mempunyai 25 rekaan itu adalah hasil sentuhan pereka kreatif dalam pertanding­an untuk merangsang bakat dan kreativiti pengkarya sejagat tanpa mengira umur, jantina dan negara. Buat pertama kali sejak dilancarka­n pada 2005, pertanding­an menghasilk­an rekaan untuk kemeja-T itu berjaya mencatat rekod baru dengan 16,000 penyertaan dari seluruh dunia.

Pertanding­an berkenaan mengajak peserta menghasilk­an rekaan asli dengan inspirasi karakter Nintendo termasuk Super Mario Bros, The Legend of Zelda, siri Donkey Kong dan permainan lain.

Malah pereka juga dibenarkan menyerlahk­an karakter dari Animal Crossing, Star

Fox, Pikmin, Metroid, Kirby, Splatoon dan Pokemon. Jadi, anda boleh berbangga apabila menyarungk­an rekaan dengan motif Mario yang memenangi hadiah pertama. Malah rekaan dengan tema Splatoon dan Zelda yang menduduki tangga kedua dan ketiga juga tidak kurang comelnya untuk bergaya santai pada hujung minggu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia