Harian Metro

Nur Aina Asmida Jamaluddin, 21

-

Setiap hari selama 10 jam, gadis berusia 21 tahun ini diberi tanggungja­wab ke atas tren Transit Aliran Ringan (LRT) enam gerabak yang memuatkan lebih 1,200 penumpang dalam satu masa.

Nur Aina Asmida Jamaluddin yang memegang peranan sebagai kapten LRT atau pegawai transit menjadi pekerja wanita termuda di syarikat itu sejak berkhidmat dengan Rapid Rail Sdn Bhd pada Februari lalu.

Kisah Nur Aina Asmida meman- du LRT dalam usia muda menjadi tular di media sosial selepas posting mengenai pekerjaann­ya dimuat naik di laman Facebook.

Anak sulung daripada lima beradik yang berasal dari Kampung Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor, itu kini ditugaskan mengendali­kan tren di laluan Putra Heights-Sentul Timur.

Minatnya untuk mencuba bidang itu timbul apabila dia sering menggunaka­n perkhidmat­an LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari ketika bekerja selama empat bulan sebagai jurujual.

“Bermula dari situ, saya berminat untuk tahu mengenai tren, cara memandu

dan dalam masa yang sama mengendali­kan penumpang yang menaiki tren.

“Sejak kecil, saya memang sudah biasa melakukan kerja-kerja yang agak lasak dan suka mencuba sesuatu yang baru termasuk kerja yang lelaki buat,” katanya.

Katanya, pada mulanya keluarga tidak membenarka­n dia bekerja sebagai pemandu tren kerana menganggap ia kerja yang bahaya dan mencabar.

Katanya, sebelum menghantar resume, dia terlebih dulu mencari maklumat mengenai syarikat berkenaan dan menghubung­i mereka untuk mendapatka­n penerangan yang jelas mengenai skop tugasan itu.

“Saya tidak menyangka ditawarkan jawatan ini pada usia muda namun, saya berterima kasih kepada keluarga kerana menyokong, rakan dan juga orang sekeliling saya,”

katanya.

Saya tidak menyangka ditawarkan jawatan ini pada usia muda namun, saya berterima kasih kepada keluarga kerana menyokong, rakan dan juga orang sekeliling saya”

Nur Aina Asmida

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia