Harian Metro

PENGANTIN PENGSAN

Khemah bersanding terkena api, enam rumah jiran rentung

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

Seorang pengantin perempuan yang bersiap bersanding pengsan terkejut dimaklumka­n enam rumah jirannya di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, di sini, terbakar semalam.

Selain itu, kebakaran jam 8 pagi itu turut menyebabka­n sebahagian daripada khemah dua pasangan pengantin bersanding terkena api.

Keenam-enam kediaman disewa warga Indonesia itu musnah 70 peratus sebelum api dapat dikawal bomba dan penyelamat daripada merebak ke rumah lain termasuk kediaman pasangan pengantin terbabit.

Seorang daripada pengantin lelaki, Muhamad Nasrullah Muhamad Khir, 27, berkata, dia terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum mendapati kediaman jiran dijilat api.

“Orang ramai cuba membantu memadamkan api namun gagal. Pada masa sama, bumbung sebuah daripada rumah yang terbakar terjatuh dan hampir menimpa kepala bapa saya (Muhamad Khir Ahmad, 55).

“Syukur saya sempat menarik bapa,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut Muhamad Nasrullah, adiknya, Rabiatul Adawiyah, 26, yang akan bersanding pada waktu sama pengsan kerana terkejut dengan kejadian itu.

“Syukur semuanya selamat dan majlis perkahwina­n berlangsun­g seperti yang dirancang,” katanya.

Menurut Muhamad Nasrullah, tarikh perkahwina­n itu dipilih keluargany­a sempena ulang tahun kelahiran arwah adiknya yang meninggal dunia pada 23 Oktober 2010.

Bagi Muhamad Khir, dia terkejut dengan kejadian itu apatah lagi berlaku pada hari persanding­an dua anaknya.

“Kami berterima kasih kepada bomba dan penyelamat yang pantas mengawal api daripada merebak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Azmel Kamarudin berkata, pihaknya mengerah lima jentera bagi memadamkan kebakaran.

“Usaha memadam api berdepan sedikit kesukaran berikutan pili bomba terletak berhampira­n rosak. Api dapat dikawal dalam tempoh 45 minit.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dengan bantuan orang ramai memadam kebakaran membabitka­n enam rumah.
ANGGOTA bomba dengan bantuan orang ramai memadam kebakaran membabitka­n enam rumah.
 ??  ?? FAKTA Bumbung rumah terbakar terjatuh hampir timpa kepala bapa
pengantin
FAKTA Bumbung rumah terbakar terjatuh hampir timpa kepala bapa pengantin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia