Harian Metro

TAK BOLEH LARI

Tiga buruh binaan panjat tembok, bersembuny­i ditahan

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Tiga buruh binaan warga asing cuba melarikan diri dengan bersembuny­i di celah binaan dan memanjat tembok bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen Kelantan dalam operasi di Kampung Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, dalam operasi antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari itu, tiga lelaki warga asing berusia antara 25 dan 27 tahun itu berjaya ditahan.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dalam operasi dua jam di tapak pembinaan itu, pihaknya menahan 147 pekerja warga asing yang terdiri daripada Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 50 tahun iaitu 132 warga Bangladesh, 10 warga Pakistan dan lima Indonesia.

“Mereka ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah termasuk pasport dan permit kerja.

“Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, operasi berkenaan membabitka­n 31 anggota dan pegawai adalah susulan daripada program E-Kad yang berakhir kelmarin.

Katanya, semua PATI yang ditahan dibawa ke pejabat penguatkua­saan di Telipot, di sini, untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di

Tanah Merah.

Katanya, majikan akan dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang PATI dan jika gagal membayar denda, majikan boleh dipenjara serta dikenakan sebatan.

“Sejak Februari lalu hingga kelmarin, Jabatan Imigresen Kelantan sudah mengeluark­an sebanyak 1,991 E-Kad membabitka­n 229 majikan kerana berdasarka­n rekod terdapat kira-kira 3,000 warga asing yang berdaftar di sini,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA yang gagal menunjukka­n dokumen sah dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah. BURUH binaan menunggu dokumen diperiksa anggota penguat kuasa.
PEKERJA yang gagal menunjukka­n dokumen sah dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah. BURUH binaan menunggu dokumen diperiksa anggota penguat kuasa.
 ?? FOTO: SYAMSI SUHAIMI ?? DUA anggota penguat kuasa wanita melihat buruh binaan turun dari kawasan kerja.
FOTO: SYAMSI SUHAIMI DUA anggota penguat kuasa wanita melihat buruh binaan turun dari kawasan kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia