Harian Metro

TUNGGU TINDAKAN

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Amaran sudah diberikan, tiada lanjutan permohonan dan tunggu tindakan tegas.

Itu kata dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan yang gagal mendaftark­an diri bagi permohonan kad sementara atau

(E-Kad) selepas program itu tamat malam kelmarin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan mengambil ketetapan tidak melanjutka­n tempoh permohonan E-Kad dan menegaskan sudah memberi tempoh yang secukupnya kepada majikan dan PATI untuk berbuat demikian.

Menurutnya, majikan dan PATI yang gagal membuat permohonan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Jabatan Imigresen sudah beberapa kali memberi amaran malah, memberi tempoh secukupnya. Jika ada majikan atau persatuan majikan memohon lanjutan, saya tidak fikir perkara itu boleh dilakukan. Justeru, tindakan tegas menanti mereka.

“Kerajaan tidak menyekat mereka (pekerja asing) mencari rezeki halal di negara ini dan mereka sebaliknya perlu bertanggun­gjawab sekiranya tidak mempunyai visa bekerja yang sah di negara ini,” katanya sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Satria, di sini, semalam.

Bermula awal pagi kelmarin, Jabatan Imigresen mula menjalanka­n gerakan

Tiada lanjutan permohonan untuk E-Kad

besar-besaran memburu PATI di seluruh negara selain mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang melakukan kesalahan menggaji mereka.

Pendaftara­n E-Kad dibuka sejak 15 Februari lalu dan kad itu berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi tujuan menggantik­an dokumen perjalanan sah daripada kedutaan untuk membolehka­n warga asing terbabit terus bekerja di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia