Harian Metro

Motosikal langgar pembahagi jalan NAHAS TOLONG ORANG

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) negeri Perak di Kilometer 364 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa E Narandran, 19, beralamat Taman Desa Bakti,Teluk Intan, Perak menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda jabatan berkenaan dan maut di tempat kejadian.

Difahamkan ketika kejadian, pacuan empat roda JPJ membantu sebuah van yang Kuantan: Seorang lelaki Mohd Fairul Mohd Jalil, 30, terbunuh apabila motosikal Honda EX5 ditunggang­nya terbabas lalu melanggar pembahagi kiri jalan di Kilometer 202 Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan berhampira­n sebuah stesen minyak di Taman Dato Rashid, di sini, semalam. mengalami kerosakan dengan mengekori dari belakang bagi membolehka­n kenderaan yang dinaiki sebuah keluarga itu keluar melalui susur keluar Tol Slim River.

Lelaki berkenaan dikatakan merempuh bahagian belakang sebelah kanan pacuan empat roda JPJ secara tiba-tiba dan tercampak sebelah kanan lalu dirempuh sebuah kereta lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak berkata, pihaknya menerusi kakitangan bertugas di Tol C2 Slim River menerima panggilan jam 10.35 malam berhubung kejadian lalu bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sejurus tiba, anggota mendapati kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dan kenderaan milik JPJ.

“Mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Penguasa Bomba Amir Ashraf Zakaria tamat sekitar jam 10.50 malam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 Lelaki maut motosikal rempuh kenderaan JPJ

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LELAKI maut motosikal ditunggang merempuh belakang pacuan empat roda JPJ.
LELAKI maut motosikal ditunggang merempuh belakang pacuan empat roda JPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia