Harian Metro

Restoran mamak viral diarah tutup

-

Kota Kinabalu: Sebuah restoran mamak di Likas Plaza, Likas, di sini, diarah tutup semalam selepas video tikus berkeliara­n di ruang pameran makanan di premis berkenaan tersebar dalam laman sosial sejak kelmarin.

Arahan penutupan itu dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas menjalanka­n pemeriksaa­n di restoran berkenaan, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitar­an Bandaraya DBKK, Robert Lipon berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran tikus di premis itu dalam bentuk rakaman video kelmarin dan pemeriksaa­n segera dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaa­n di restoran berkenaan mendapat markah sangat rendah iaitu 28.8 peratus.

“Berikutan itu, pemiliknya diarah menutup perniagaan berkuat kuasa 8 pagi hari ini (semalam) sehingga kita berpuas hati dengan langkah pembaikan dan pembersiha­n dilakukan,” katanya, di sini, semalam.

Robert berkata, tempoh penutupan premis itu mengikut Ordinan Kesihatan Awam 1960 itu tertakluk kepada penilaian DBKK selepas ini.

“Pemeriksaa­n dijalankan bersama sembilan anggota yang terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an (PPKP) DBKK dan PPKP dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu,” katanya.

Video berdurasi 34 saat memaparkan beberapa ekor tikus memasuki ruang pameran makanan tanpa disedari pengusaha restoran.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa restoran.
NAJIS tikus ditemui semasa pemeriksaa­n.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa restoran. NAJIS tikus ditemui semasa pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia