Harian Metro

RM99 PUSING DIUDARA

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman @hmetro.com.my

 EHS tawar perkhidmat­an menaiki helikopter kepada pelancong

Menikmati pemandanga­n pesisir pantai dan bandar raya dari udara menjadi tarikan terbaru orang ramai apabila

Sdn Bhd (EHS) menyediaka­n perkhidmat­an helikopter pelancong.

Menerusi pakej

itu, pelanggan hanya perlu membayar RM99 untuk sesi perjalanan mengikut pilihan laluan yang disediakan antaranya dari He- lipad Pulau Warisan ke Taman Tamadun Islam (TTI), Bukit Besar, bandar raya Kuala Terengganu dan Pantai Batu Buruk.

Ketua Pegawai Eksekutif EHS Abdul Hakim Baharuddin berkata, perkhidmat­an itu disasarkan kepada pelancong dan masyarakat tempatan yang belum pernah mempunyai pengalaman melihat pemandanga­n bandar raya ini dari udara.

“Harga RM99 seorang dengan minimum tiga penumpang memang tidak mungkin diperoleh di tempat lain sama ada di Malaysia atau di dunia dengan harga yang cukup murah ini.

“Promosi ini sempena kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17). Rakyat tempatan memang sudah biasa dengan Pantai Batu Buruk tetapi masih ramai yang belum pernah melihatnya dari udara dan kerana itu kami tawarkan pakej dengan harga termurah ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Abdul Hakim berkata, perkhidmat­an itu disediakan pihaknya di Pulau Warisan setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

“Bagaimanap­un, bagi yang ingin menikmati pemandanga­n matahari terbit boleh membuat tempahan khas.

“Kami menggunaka­n helikopter jenis Robinson R44 dengan empat tempat duduk termasuk juruterban­g dan dilengkapi pendingin hawa serta cermin kalis haba.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana kami mempunyai juruterban­g berpengala­man memandu helikopter selama 11 tahun iaitu Trine A H Melaye yang berasal dari Norway,” katanya.

Menurutnya, EHS juga akan memperkena­lkan beberapa produk menarik lain tidak lama lagi antaranya pakej percutian ke pulau menarik di negeri ini termasuk penginapan yang dipanggil selain perkhidmat­an

untuk perjalanan pergi balik atau sehala dari bandar raya ini ke daerah lain di negeri ini dengan kadar bayaran lain.

“Kita juga tawarkan perkhidmat­an iaitu perjalanan dari satu pulau ke pulau lain dan menerima tempahan untuk majlis keraian khas,” katanya.

 ?? FOTO: SYAFIQ AMBAK ?? TRINE bersama helikopter Robinson R44.
FOTO: SYAFIQ AMBAK TRINE bersama helikopter Robinson R44.
 ??  ?? PEMANDANGA­N yang dirakam dari helikopter Robinson R44 di sekitar Pulau Kapas.
PEMANDANGA­N yang dirakam dari helikopter Robinson R44 di sekitar Pulau Kapas.
 ??  ?? ABDUL Hakim memeriksa helikopter yang digunakan untuk KT City Joyride.
ABDUL Hakim memeriksa helikopter yang digunakan untuk KT City Joyride.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia