Harian Metro

Padah percaya ejen jual kereta

-

berikutan kenderaan lamanya yang sepatutnya sudah bertukar nama digunakan orang lain.

Semua berpunca apabila dia menukar kereta lamanya dengan kereta baru daripada sebuah syarikat jual beli kenderaan.

“Ketika membeli kereta baru, ejen syarikat berkenaan memaklumka­n sedia menerima kereta lama dan saya tidak perlu pening mencari pembeli kerana mereka sedia menerima menerusi konsep trade-in dan baki jualan kereta itu akan digunakan untuk membayar semua hutang yang masih ada termasuk duit muka kereta baru.

“Kerana percaya, saya menyerahka­n kenderaan dan membuat permohonan pinjaman kereta baru. Semuanya berjalan lancar hinggalah selepas lima bulan, saya dapat panggilan daripada pihak bank menyatakan kereta pertama saya ada bayaran tertunggak,” katanya.

Menurut Azrin, makluman pihak bank menyatakan bahawa tiada pihak yang membuat bayaran penuh dan hasil semakan dengan syarikat menjual beli kenderaan, ejen yang menguruska­n jualan berkenaan sudah berhenti kerja.

Malah, pihak syarikat berkenaan juga mendakwa tidak mengetahui mengenai urusan jualan kereta lamanya melainkan hanya mempunyai rekod pembelian baru.

“Kini saya buntu kerana hanya diberi dua

pilihan iaitu menjelaska­n baki hutang bank yang tertunggak atau disenaraih­itamkan oleh pihak bank.

“Saya harap, orang ramai berhati-hati dan membuat semakan lengkap dengan ejen syarikat jual beli kenderaan terutama dengan meminta dokumen jual beli lengkap.

“Jika tidak, jadilah macam saya... merana atas kecuaian sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia