Harian Metro

JIWAI ROH DAKWAH NABI

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menyusuri Sungai Rajang dari Sibu menuju ke Kapit, hanya separuh perjalanan dilalui Datuk Abd Manaf Mat untuk ke Long

Busang, Belaga, Sarawak yang terletak berdekatan sempadan Kalimantan, Indonesia.

Dari Kapit menuju ke Long Busang, pasukan Bahagian Hal Ehwal Islam (kini JAKIM), cawangan Sarawak ini perlu berdepan dengan banyak ‘wong’ (air terjun atau jeram) yang pastinya mengundang bahaya sekiranya bot dikendalik­an individu tidak mahir.

Penerimaan positif daripada masyarakat suku kaum peribumi,

Abd Manaf dan rakannya menganjurk­an pelbagai program menarik termasuk khidmat sosial, gotong-royong di ‘uma dado’ (rumah panjang), menyaksika­n tayangan filem, majlis berbuka puasa dan aktiviti memasak beramai-ramai.

“Masyarakat di Long Busang sangat terbuka dan menerima kedatangan kami dengan baik.

“Ketika Ramadan, selalunya kami akan mengadakan majlis berbuka puasa. Meskipun kebanyakan penduduk ketika itu tidak beragama atau mempercaya­i amalan nenek-moyang, mereka turut menyertai program.

“Bagi saya, kebanyakan penduduk yang tidak beragama memiliki jiwa dan fikiran yang suci.

“Jadi, ia adalah tanggungja­wab kita sebagai pendakwah untuk berkongsi dan meneladani ajaran Islam kepada mereka,” katanya yang turut melakukan dakwah di bahagian lain di Sarawak.

Ingin menjiwai roh perjuangan dakwah junjungan besar Nabi Muhammad SAW mendorong Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya untuk berhijrah ke kepulauan Borneo atas inisiatif sendiri sekitar 1993 hingga 1997.

Bertanggun­gjawab menyebarka­n cahaya

Islam kepada masyarakat pedalaman Sarawak, beliau yakin wujudnya potensi besar untuk menarik lebih ramai saudara baru mengenali Islam.

Menyifatka­n Sarawak begitu dekat di hatinya, Abd Manaf mengakui wujudnya cabaran dalam dakwah, namun keseronoka­n dan kepuasan peribadi

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nama:
Datuk Abd Manaf Mat Jawatan: Imam Besar Masjid Putra
Lahir: 28 April 1959
Asal: Ayer Hitam, Kedah Pasangan: Datin Rosnah Hassan
Anak: Muhammad Rijaluddin (27), Nurul Husna (25), Nurul ‘Inayah (23), Nurun Najihah dan Ahmad Aminuddin (21),...
Nama: Datuk Abd Manaf Mat Jawatan: Imam Besar Masjid Putra Lahir: 28 April 1959 Asal: Ayer Hitam, Kedah Pasangan: Datin Rosnah Hassan Anak: Muhammad Rijaluddin (27), Nurul Husna (25), Nurul ‘Inayah (23), Nurun Najihah dan Ahmad Aminuddin (21),...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia