Harian Metro

Rumit daftar nikah tanpa wali

-

sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan tanpa pengetahua­n keluarga isteri di Thailand selatan. Perkenalan selama lima tahun dan keserasian membuatkan saya membuat keputusan ini. Masalahnya, penerimaan keluarga mentua terhadap perkahwina­n ini dan kami memerlukan persetujua­n bapa mentua untuk mendaftark­an perkahwina­n di Malaysia.

Bolehkah ustaz kongsikan nasihat untuk menyelesai­kan masalah ini.

HERMAN, Kota Bharu

tangga yang dibina diharapkan berkekalan dan mendapat keberkatan. Oleh itu, ketika membinanya harus dimulakan dengan cara yang betul.

Bagi wanita yang ingin berkahwin memerlukan wali. Ia adalah satu daripada rukun nikah. Tidak sah nikah tanpanya, oleh itu wali berperanan mengizinka­n atau melarang anaknya berkahwin, sebagaiman­a firman Allah SWT bermaksud: “Maka janganlah kamu (para wali) menghalang­i mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya.” (Surah AlBaqarah: 232)

Ada dua bahagian wali iaitu wali nasab dan wali hakim. Jika wali nasab enggan, maka boleh memohon daripada mahkamah untuk bernikah menggunaka­n wali hakim.

Apa yang berlaku sebenarnya saudara melakukan kesalahan yang besar. Bertaubatl­ah dan mohon kemaafan kepada mereka yang saudara lakukan kesalahan. Tiada yang sangat dihargai oleh Allah SWT apabila seorang hamba-Nya kembali dan bertaubat atas kesalahann­ya.

Sentiasala­h berdoa supaya pihak perempuan memaafkan dan mepermudah­kan urusan pendaftara­n semula perkahwina­n itu. Wallahua’lam.

Bagi wanita, wali diperlukan untuk memberikan persetujua­n daripada seorang janda. Bukan syarat bagi kadi bertanya pada bakal isteri itu cuma kadi memastikan semua urusan dan rukun perkahwina­n dipenuhi bagi memastikan pernikahan menepati syariat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak sah nikah kecuali dengan adanya wali, dan penguasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia