Harian Metro

JAGA AURAT ANTARA MAHRAM “S

-

esungguhny­a aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan golongan wanita. Hanya ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa’ dari AsSunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll).

Dalam menyambut hari raya, kita selalu lupa sudah banyak melanggar garis panduan Islam dalam menyambut perayaan. Antara budaya yang melanggar syariat Islam ketika perayaan Aidilfitri adalah pemakaian. Kita suka kelihatan cantik di hari raya tetapi tidak menitikber­atkan soal aurat.

Berpakaian menjolok mata. Memakai baju kebaya jarang. Memang cantik kita pakai baju budaya Melayu. Tetapi kita boleh selarikan dengan cara pemakaian Islam yang ikut syariat. Tidak semestinya perlu pakai jubah. Boleh berkebaya tetapi longgar ukurannya dan tidak berkain belah.

Jangan lupa apabila berada di kampung, berkumpul beramairam­ai bersama sanak saudara kita perlu ingat bukan semua mahram kita. Aurat perlu dijaga. Aurat bersama ipar-duai, biras dan sepupu. Kadang-kadang, ada yang baru keluar dari bilik air tanpa segan silu berkemban.

Abang ipar, pak cik dan sepupu lelaki pandang saja. Walaupun mereka saudara tapi aurat kena jaga. Bangsa Melayu memang terkenal dengan sopan santun, budaya bersalaman dengan orang menjadi amalan sejak dahulu lagi. Terkenal dengan sifat selalu cakap berlapik, takut ada yang berkecil hati. Saya sangat senang dengan budi bahasa orang Melayu.

Saya ada ramai kawan berbangsa Melayu sejak kecil hinggalah dewasa. Kalau pergi berkunjung rumah kawan

Melayu, saya lihat perlu menghulurk­an tangan sebagai tanda hormat. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda. Bersalaman itu tanda hormat bagi orang Melayu pada pengamatan saya.

Kalau bersalaman dengan orang lebih tua kita perlu cium tangan mereka. Jadi selepas mengucap syahadah, saya masih mengamalka­n budaya bersalaman dengan semua orang. Bagi saya ia adalah budaya yang baik dan perlu diamalkan seperti yang ditonjolka­n orang Melayu.

Tetapi selepas saya berkahwin, saya ditegur oleh isteri supaya tidak bersalaman dengan wanita yang bukan mahram kerana sebagai seorang Muslim, bersalaman dengan wanita bukan mahram adalah haram. Dalam hati bertanya apa yang dimaksudka­n bukan mahram. Saya fikir isteri cemburu kerana sebagai artis, ramai hati terutama peminat perlu dijaga.

Kalau tidak bersalaman akan dicop artis sombong. Saya akui kehidupan sebagai artis, kadangkada­ng ada saja kurang peka yang saya sudah berumah tangga.

Ada sahaja artis wanita yang datang jumpa bersalaman dan berlaga pipi tanda persahabat­an. Ketika itu kehidupan saya sebelum Islam lagi. Tiada larangan untuk berbuat demikian. Lagipun bukan saya curang. Ia hanya tanda persahabat­an. Isteri saya sangat penyabar pada dua tahun pertama perkahwina­n kami.

Tapi beliau tidak putus asa memberitah­u dan mengajar saya mengenai keindahan

Islam. Kenapa Islam melarang bersalaman dan bersentuha­n dengan wanita yang bukan mahram. Rupa-rupanya, dengan tidak bersalaman itu sebenarnya tanda kita menghormat­i wanita. Perlahan-lahan saya mula tidak bersalam dengan wanita bukan mahram.

Apabila saya tidak hulur tangan, ada yang kata saya poyo. Memang susah pada mulanya kerana ramai wanita Islam sama ada yang bertudung atau tidak, tua atau muda hulur tangan mahu bersalam. Saya diajar oleh isteri, cara mahu elak bersalaman dengan wanita bukan mahram dengan meletakkan tangan kanan di dada dan tunduk sedikit serta mengucapka­n salam pada mereka. Dulu memang susah orang mahu terima tetapi sekarang masa sudah berubah. Ramai ada kesedaran mengenai berjabat tangan dalam agama Islam.

Ya, memang masih ada lagi yang tidak faham tapi kita sebagai Muslim kena selalu mengingatk­an mereka bahawa kita perlu belajar jaga adab dalam pergaulan. Ada budaya yang boleh kita amalkan. Ada budaya yang bertentang­an dengan ajaran Islam.

“Dan Kami menurunkan

Kitab (al-Qur’an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarka­n kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya, maka putuskanka­h perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalk­an kebenaran yang datang kepadamu.

“Untuk setiap umat di antara kamu Kami berikan aturan (syariat) dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendak­i nescaya kamu (manusia) dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang diberikan-Nya kepadamu, maka berlumbala­h berbuat kebajikan.

“Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahu­kan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisih­kan.” (surah Al-Maidah: 48).

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia