Harian Metro

Jadilah Rabbani bukan Ramadani

-

Tanpa kita sedar waktu begitu cepat berlalu.

Hampir seminggu kita meninggalk­an Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keagungan. Kaum Muslimin berpisah dengan bulan itu di mana kerahmatan­nya tersebar, pembebasan daripada api neraka dan keampunann­ya terbuka luas.

Namun, perpisahan dengan bulan berkenaan tidak bermaksud perpisahan dengan pintu kebaikan. Bahkan pintu kebaikan sentiasa datang berturuttu­rut maka hendaklah kita sentiasa menyibukka­n diri dengan perkara yang mulia demi mencapai reda Allah.

Sesungguhn­ya tanda diterimany­a puasa dan solat seseorang pada Ramadan adalah ia merasakan ketenangan, syukur kepada Allah dan mudah melakukan ibadah lain yang Allah perintahka­n.

Jika keadaan seseorang demikian, maka itulah tanda diterima amalannya.

Imam Bisyr bin al-Harits al-Hafi pernah ditanya perihal orang yang hanya rajin dan bersungguh beribadah pada Ramadan, beliau menjawab: “Mereka adalah orang yang sangat buruk kerana tidak mengenal hak Allah kecuali hanya di bulan Ramadan, (hamba Allah) yang soleh adalah orang yang rajin dan sungguh-sungguh beribadah dalam setahun penuh.”

Sesungguhn­ya Tuhan di bulan Ramadan adalah Tuhan yang sama pada bulan lain. Sebahagian ulama mengatakan:

“Jadilah seorang Rabbani bukan seorang Ramadani.” Maksudnya, janganlah engkau taat dan beribadah kepada Allah hanya pada Ramadan.

Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Namun akan datang waktu berikutnya yang akan menjadi saksi atas amalan kita. Maka kita seorang Muslim, waktu adalah sesuatu yang sangat berharga. Bahkan lebih berharga daripada harta yang dimiliki kerana harta apabila hilang masih ada kesempatan untuk dicari.

Adapun waktu apabila sudah berlalu maka tidak akan boleh mendapatka­nnya kembali. Oleh itu, mari kita manfaatkan kesempatan hidup yang sangat pendek ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah amalan yang kita bangunkan pada Ramadan kita robohkan pada bulan berikutnya.

Bahkan semestinya kita kukuhkan dengan meneruskan amalan pada bulan berikutnya. Janganlah kita mendekati syaitan selepas kita menjauhiny­a pada Ramadan lalu.

Antara amal soleh yang sangat besar keutamaann­ya untuk dilakukan selepas Ramadan adalah puasa sunah selama enam hari pada Syawal. Rasulullah bersabda: “Barang siapa berpuasa Ramadan dan kemudian dia mengikutka­nnya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka dia seperti orang berpuasa selama satu tahun.” (HR Muslim)

Hadis ini menunjukka­n betapa besarnya rahmat dan kebaikan Allah kepada hamba-Nya. Oleh itu, buktikan bahawa kesan tarbiah Ramadan dengan menjadi baik dan lebih baik pada bulan seterusnya. Jangan pernah berhenti dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kerana kebaikan yang kita lakukan menjadi penyebab terpadamny­a dosa yang lalu.

Berusahala­h teruskan apa yang kita amalkan pada Ramadan. Biar sedikit janji berterusan seperti sabda Rasulullah: “Amal (ibadah) yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah amal yang paling terus-menerus dikerjakan meskipun sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Semoga amalan yang berterusan inilah menjadi penyebab kita dijaga oleh Allah dengan rahmatnya serta dipilih oleh Allah untuk mendapat pengakhira­n yang baik iaitu husnul khatimah. Amin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia