Harian Metro

‘NENEK HINA IBU SAYA’

-

Ibu saya bukan menantu pilihan nenek. Pernah beberapa kali saya mendengar nenek memarahi ibu. Katanya ibu saya perempuan miang serta janda gatal. Sikap buruk nenek hanya nampak ketika mereka tinggal berdua saja. Kalau di depan saya dan adikberadi­k lain mahupun bapa, nenek layan ibu dengan baik.

Saya pernah bertanya pada ibu tetapi dia menafikan. Ibu berkahwin ketika kakak saya berusia empat tahun. Malah saya perasan layanan nenek terhadap kakak juga tidak begitu mesra. Namun seperti ibu, kakak menafikan hal itu dan mahu saya menghormat­i nenek.

Saya tidak mahu ibu dan kakak menerima layanan buruk hanya kerana mereka bukan menantu mahupun cucu kesayangan nenek. Bagaimana caranya agar nenek sedar tindakan buruk itu menjejaska­n perasaan sayang serta hormat terhadapny­a?

AIMA, Kota Bharu, Kelantan

tidak matang nenek yang masih menyimpan permusuhan dengan ibu yang berstatus janda ketika mengahwini bapa seharusnya dilupakan. Tambah pula saudari dan adik-beradik lain sudah menginjak dewasa, masakan tidak boleh mengenal sikap nenek hipokrit melayan ibu serta kakak.

Selaku ahli keluarga tua serta menjadi sumber rujukan anak mahupun cucu, nenek seharusnya mengambil pendekatan lembut. Sebaiknya saudari berbincang dengan nenek mengenai sikapnya tidak puas hati itu supaya lebih relevan dengan situasi kini.

Contohnya kakak saudari masih relevan malah tidak mengadu domba mengenai layanan buruk nenek diterimany­a. Malah dia menasihati saudari agar sentiasa berlembut hati serta melayan nenek dengan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia