Harian Metro

Tertarik jejaka lebih muda

-

meminati seorang kenalan lelaki. Masalahnya dia muda lima tahun daripada saya. Sikapnya yang prihatin serta sering membantu dalam urusan kerja membuatkan saya tertarik. Malah setiap kali kami pulang lewat atas urusan kerja dia akan hantar saya pulang. Sikapnya membuatkan saya selamat serta berasa dia lelaki yang boleh dipercayai.

Selain itu sikap dia gemar bergurau membuatkan saya selesa berada dekat dengannya. Saya tidak pasti status hubunganny­a dengan wanita lain.

Saya tidak pasti cara untuk mendekatin­ya dan bimbang andai luah perasaan akan ditolak.

NISHA, Johor Bahru

dinafikan perasaan ditolak lelaki setelah meluahkan perasaan sesuatu sukar diterima. Apatah lagi lelaki dan perempuan itu bekerja mahupun tinggal di lokasi sama. Ini membuatkan saudari perlu meneliti kaedah terbaik untuk si dia dapat mesej cinta.

Bagi Dang Setia sebaiknya untuk perempuan dalam situasi ini perlukan peranan orang tengah bagi membantu meluahkan perasaan.

Sebenarnya saudari perlu tanam sikap optimis selain menyelidik latar belakang lelaki terlebih dulu.

Takut terlalu memilih, akhirnya terambil yang buruk. Jadi jangan tergesa-gesa serta atur cara mendekati si dia dengan wajar.

Namun, elak mengambil masa panjang untuk meluahkan perasaan kerana Dang Setia khuatir saudari terlepas peluang untuk menjalin hubungan cinta dengan jejaka idaman saudari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia