Harian Metro

Abang ipar khianati isteri

-

bergaduh dengan kakak kerana sikap suaminya. Saya ternampak suaminya bemain cinta dengan wanita lain. Saya cuba bersangka baik iaitu menganggap perempuan itu kawan sekerja tetapi rupa-rupanya bukan. Lebih menyakitka­n mata, mereka bersilang tangan serta bercakap berbisikbi­sik.

Saya akui rupa abang ipar menarik selain usianya jauh lebih muda membuatkan ramai wanita meminati serta tidak menyangka dia bapa kepada tiga cahaya mata.

Kakak saya tua enam tahun malah ketika abang ipar belajar kakak sanggup mengikat perut. Malah abang ipar culas membayar nafkah, tambah pula kakak berjawatan tinggi dan penjawat awam. Saya tinggal bersama kakak ketika ini kerana dalam tempoh praktikal.

Apa perlu saya lakukan untuk buka mata kakak. Saya pernah tunjuk gambar dirakam tetapi kakak kata abang ipar saya bantu kawannya. Geram.

HISYAM, Putrajaya

dan curiga tandanya sayang. Tetapi kalau keterlalua­n boleh merosakkan keharmonia­n hubungan suami isteri. Namun, kalau tidak berasa curiga mengenai kegiatan luar suami, itu lagilah janggal. Dang

Setia berasa satu perkara penting dalam hubungan ialah perasaan selamat.

Justeru bersemuka dengan kakak agar dia berjaga-jaga dengan gangguan orang ketiga. Selain itu sikap kakak percaya kepada suami secara total amat bahaya. Bimbang andai abang ipar mengambil kesempatan terhadap kebaikan kakak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia