Harian Metro

AIDILFITRI DI RANTAU TETAP MERIAH

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Sambutan Aidilfitri di perantauan tentu tidak sehebat di negara sendiri, tetapi tidak bermakna ia dirai dengan hambar dan sepi.

Walaupun suasananya seperti hari biasa, rakyat Malaysia yang terpaksa berada jauh ribuan batu daripada keluarga tercinta menghidupk­an suasananya seperti di tanah air.

Biarpun sambutan hari raya hanya kecil-kecilan, ia tetap ceria dan meriah. Baju tradisiona­l tetap disarung pada pagi raya, bagi lelaki segak berbaju Melayu, manakala wanita pula manis berbaju kurung. Apa yang sangat kurang adalah berada di sisi ibu dan ayah serta kehadiran adikberadi­k, saudara-mara dan sahabat-handai.

Bagi pemuda berasal dari Batu Pahat, Johor, Muhammad Zaki Asyraf Suhood, 23, sambutan Aidilfitri di Jepun tetap meriah walaupun jauh di perantauan apabila kebanyakan warga Malaysia menyambutn­ya bersamasam­a di Kedutaan Besar Malaysia di Shibuya.

Sejak jam 7 pagi, rakyat terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama pelajar dan warga Malaysia yang bekerja di sekitar negara matahari terbit ini bertaliaru­s mengunjung­i pejabat kedutaan untuk meraikan hari lebaran.

Majlis sambutan rumah terbuka dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 9 pagi sebelum tetamu dijamu dengan hidangan tradisiona­l seperti rendang daging, soto, sate, nasi himpit, kuah kacang, nasi minyak, ayam masak merah, mi kari dan kuih-muih raya.

“Ini tahun ketiga saya menyambut hari raya di Jepun. Saya berada di sini menerusi biasiswa Yayasan Pelajaran Mara (YPM) kerana mengikuti Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) sebagai pelajar kejurutera­an mekanikal di Universiti Takushoku, Tokyo. Saya perlu menghabisk­an baki dua tahun pengajian selepas menjalani tiga tahun persediaan di Malaysia.

“Kini, saya berpindah ke Nagoya dan baru mula bekerja di Toshiba sebagai jurutera antarabang­sa dalam rekaan produk. Namun, saya masih dalam tempoh latihan memerlukan saya menjadi jurujual untuk mempromosi­kan barangan syarikat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, masyarakat Jepun masih lagi baru dengan agama dan budaya Islam. Malah, ada beberapa rancangan televisyen menyiarkan bagaimana orang Islam bekerja sambil berpuasa di Jepun. Mereka juga dibenarkan untuk bercuti jika mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

“Sambutan hari raya di Jepun sangat meriah jika berkesempa­tan ke Kedutaan Malaysia. Bertemu rakanrakan dan menikmati masakan Malaysia dapat mengurangk­an rasa rindu pada keluarga.

“Biasanya, saya akan buat panggilan video kepada keluarga, tetapi yang seronoknya dapat berjalanja­lan di bandar Shibuya dengan berbaju raya.

“Namun, perkara yang paling saya rindu ialah bersalaman dengan ibu dan ayah pada pagi raya serta bersarapan beramai-ramai di rumah nenek dengan aneka juadah tradisi termasuk mi bandung masakan ibu.

“Saya juga rindu nak berkonvoi bersama rakan sekampung untuk berziarah rumah ke rumah masingmasi­ng termasuk beraya di rumah guru dan pensyarah. Di kampung saya, Kampung Parit Pulai Parit Sulong, belia kami akan bermarhaba­n rumah ke rumah untuk mendoakan tuan rumah dan saling bermaafan,” katanya.

Muhammad Zaki berkata, beliau bercadang untuk pulang dalam tempoh lima tahun lagi kerana mahu mengumpul pengalaman dan meningkatk­an kemahiran sebelum dapat berkhidmat di tanah air sendiri. Malah, beliau turut berharap dapat menerapkan budaya kerja di Jepun yang sangat mementingk­an disiplin.

“Saya juga berjinak dalam keusahawan­an apabila mengusahak­an penginapan rumah tetamu kepada pelancong dari Malaysia. Penginapan dinamakan Melancong Ke Jepun Guest House ini diusahakan bersama rakan kongsi, Shamil Sukri dan Haziq Iqbal selepas melihat kejayaan senior mengasaska­n agensi

 ??  ?? MUHAMMAD Zaki berbaju raya di bandar Shibuya.
MUHAMMAD Zaki berbaju raya di bandar Shibuya.
 ??  ?? BERSAMA keluarga yang berkunjung ke Jepun bagi menghadiri majlis konvokesye­n tahun lalu.
BERSAMA keluarga yang berkunjung ke Jepun bagi menghadiri majlis konvokesye­n tahun lalu.
 ??  ?? MUHAMMAD Zaki bergambar dengan latar belakang Gunung Fuji.
MUHAMMAD Zaki bergambar dengan latar belakang Gunung Fuji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia