Harian Metro

‘UPIN DAN IPIN’ APM

-

operasi menyelamat­kan nyawa.

“Kami menyertai APM pada 2007 dan waktu itu dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Kakak kami Nur Asyikin Mohd Hashim menyerahka­n borang untuk menyertai APM selepas kami menamatkan pengajian di Kolej Inspen dalam bidang automotif,” kata Mohd Izham.

Malah, dalam beberapa insiden ada mangsa atau waris akan keliru apabila melihat mereka berdua di lokasi memberi bantuan.

“Nampak sama tapi bukan dia. Mangsa mendakwa seperti berhalusin­asi apabila melihat kami berdua dan kami hanya mampu tersenyum,” katanya.

Mohd Izham berkata, pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah terpaksa memotong tangan kanan seorang mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan bas Belia 4B di Genting Higlands yang meragut tujuh nyawa pada 2010.

“Kami berdua adalah anggota pasukan pertama yang respons kes terbabit dan kebanyakan mangsa maut akibat terhempap antara satu sama lain di dalam bas itu.

“Saya bersama seorang doktor pada masa itu dan doktor berkenaan membuat keputusan untuk memotong tangan mangsa akibat tersepit.

“Kami memotong tangan mangsa dari bahagian lengannya dan berjaya membawa mangsa keluar selepas itu,” katanya.

Bagi Mohd Izhar pula, tragedi yang tidak dapat dilupakan adalah ketika mengeluark­an mangsa tersepit di dalam bas dalam kejadian kemalangan di Genting Highlands yang mengorbank­an 16 nyawa pada 2013.

“Mangsa adalah yang terakhir selamat dan mengalami patah keduadua tangan dan kaki akibat dihempap mangsa lain.

“Keadaan anggota badan mangsa terkulai dan hanya terdengar rintihan mangsa meminta tolong di bawah mangsa lain,” katanya.

Mereka berkata, antara kelebihan menjadi kembar di dalam unit ini adalah sentiasa menjadi perhatian dan dikenali semua orang.

“Ada yang menggelar kami ‘Upin dan Ipin’ sekadar gurauan untuk menghilang­kan tekanan bekerja.

“Kami juga melatih anggota baru dan mereka sering keliru dengan kami berdua,” katanya.

Katanya, mereka akan sentiasa memberikan bantuan kepada mangsa tidak kira masa bertugas atau di luar masa bertugas demi menyelamat­kan nyawa.

 ??  ?? MOHD Izhar (kiri) dan Mohd Izham
MOHD Izhar (kiri) dan Mohd Izham
 ??  ?? MOHD Izhar (kiri) dan Mohd Izham bersedia untuk menjalanka­n tugas.
PROFIL
NAMA: Mohd Izham Mohd Hashim dan Mohd Izhar Mohd Hashim
UMUR: 28 tahun
ASAL: Ampang, Selangor PENDIDIKAN:
Pemegang Sijil Automotif dari Kolej Inspen PANGKAT: Lans Koperal APM
MOHD Izhar (kiri) dan Mohd Izham bersedia untuk menjalanka­n tugas. PROFIL NAMA: Mohd Izham Mohd Hashim dan Mohd Izhar Mohd Hashim UMUR: 28 tahun ASAL: Ampang, Selangor PENDIDIKAN: Pemegang Sijil Automotif dari Kolej Inspen PANGKAT: Lans Koperal APM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia