Harian Metro

CINTA UNGGAS DR GINO

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

 Pemilik Taman Burung Pulau Pinang bela pelbagai binatang ditemui di ladang getah sejak kecil

“Kalau dibiar di hutan, adakah kita boleh jumpa semuanya sekali gus, malah saya jamin ia akan terbang sebaik kita menghampir­inya,” kata pemilik Taman Burung Pulau Pinang Dr Gino Ooi, 62.

Dr Gino berkata, dia dilahirkan di kawasan kampung di Kulim, Kedah dan dibesarkan ibu dan bapanya di dalam kawasan ladang getah milik mereka.

Katanya, dia berminat dengan burung sejak kecil, malah ketika itu sudah membela pelbagai binatang yang ditemui dalam ladang bapanya.

“Kadang-kadang binatang seperti tupai, burung serta mamalia ini akan dibunuh pekerja ladang, jadi saya selamatkan dan pelihara binatang ini.

“Memang rumah saya ketika itu seperti zoo mini yang menempatka­n pelbagai hidupan liar dan paling banyak dalam milikan saya ialah spesies burung,” katanya.

Menjawab tohmahan yang dilempar segelintir pihak, beliau berkata, jika burung berkenaan tidak dibela dan dipamerkan kepada orang ramai bagaimana kita ingin memberi pendidikan kepada anak-anak kelak.

“Kita tidak boleh mengharapk­an burung ini ditemui dengan mudah di dalam hutan kerana ia liar dan akan melarikan diri sebaik didekati,” katanya.

Dr Gino berkata, sejak itu dia mula membela burung sehinggala­h memiliki sebuah taman yang kini sudah menerima ratusan ribu pengunjung sejak mula beroperasi 30 tahun lalu pada 1987.

Menurutnya, pada mulanya dia mahu membuka taman burung berkenaan di Teluk Bahang, Balik Pulau di bahagian pulau namun kerajaan negeri ketika itu menasihati­nya supaya membukanya di Seberang Perai berdasarka­n perancanga­n membangunk­an kawasan ini kelak.

“Ketika itu pihak berkenaan memberitah­u bahawa jika operasi taman ini dilaksanak­an di Teluk Bahang ia akan mengganggu ekosistem di kawasan berkenaan kelak dan mencadangk­an kepada saya agar taman ini dibuka di Seberang Perai.

“Jadi itu sedikit sebanyak membuat saya bersemanga­t dan diberitahu bahawa kawasan sekitar Perai juga akan dibangunka­n,” katanya.

Menurutnya, dia kini berpuas hati dengan apa yang terdapat di taman burung berkenaan dan sentiasa berharap ia akan menjadi tumpuan pelancong tempatan serta luar negara.

Katanya, kos menjaga semua burung berkenaan amat tinggi dan penjagaann­ya juga perlu mengikut spesifikas­i yang ditetapkan pertubuhan antarabang­sa.

“Semua perkara perlu diambil kira termasuk makanan, sangkar dan cuaca persekitar­annya.

“Pekerja dan penjaga di taman ini juga perlu dilatih dan mendapat latihan yang sewajarnya,” katanya.

Menurut Dr Gino, setiap tahun dia membelanja­kan jutaan ringgit bagi tujuan itu dan beberapa tahun lalu dia sudah menghabisk­an RM3 juta bagi tujuan pengubahsu­aian taman berkenaan.

Ditanya mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakann­ya sepanjang mengusahak­an taman berkenaan beliau berkata, pernah berlaku kejadian semua ikan air tawar yang dibelanya mati sejurus dia mengalirka­n air sungai yang terletak bersebelah­an taman ke dalam kolam buatan di situ.

“Ketika itu, air di sungai berkenaan tercemar dengan bahan kimia sehingga menyebabka­n ikan yang dibela di dalam kolam mati.

“Saya mengalirka­n air sungai ke dalam kolam buatan, namun airnya tercemar sehingga menyebabka­n ikan yang dibela mati seminggu selepas itu,” katanya. bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalanka­n urusan berniaga, mengimport, mengekspor­t atau mengekspor­t semula hidupan liar yang dilindungi,” katanya.

Mohamad Hafid berkata, bayaran lesen yang dikeluarka­n bagi setiap seekor burung berharga RM5 sehingga RM10.

 ??  ?? ANTARA spesies burung yang terdapat di Taman Burung Pulau Pinang, Seberang Jaya.
ANTARA spesies burung yang terdapat di Taman Burung Pulau Pinang, Seberang Jaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia