Harian Metro

BINCANG NAIK GAJI

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) akan mengutus surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa minggu depan bagi mencari tarikh sesuai membincang­kan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menyambut baik kesudian KSN untuk menemui mereka bagi mempertimb­angkan permintaan itu atas pelbagai faktor terutama kenaikan kos sara hidup.

Katanya, keutamaan mereka adalah bagi menambah kenaikan gaji 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang kebanyakan­nya masih belum memiliki rumah sendiri.

“Nisbah kenaikan gaji tahunan penjawat awam tidak seimbang dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, malah harga rumah sentiasa naik mendadak antara 10 hingga 30 peratus setahun.

“Memang kerajaan ada sediakan Rumah Mampu Milik (RMM), tapi penjawat awam terpaksa bersaing dengan orang ramai yang tidak mempunyai kerja tetap dan faktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, jika diukur dengan perbelanja­an isi rumah, purata kenaikan gaji tiga peratus yang diminta masih tidak mencukupi, tetapi ia sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban ditanggung mereka.

Beliau juga meminta masyarakat dan kerajaan memahami cabaran dihadapi mereka serta tidak melihatnya secara emosi sambil menyifatka­n permintaan

 CUEPACS, KSN cari tarikh runding kenaikan upah penjawat awam

kenaikan gaji adalah perkara logik bagi penjawat awam bagi menampung perbelanja­an keluarga.

“Takkanlah kita hendak minta permit import (AP) pula. Permintaan ini bukan hendak bebankan kerajaan, tetapi produktivi­ti penjawat awam lahir daripada mereka yang seronok bekerja seperti menerima upah setimpal,” katanya. Aplikasi MyPesara kini sedia dimuat turun dari sistem operasi Android di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpapencen.mypesara dan iOS di https://itunes.apple.com/us/app/mypesara/id91757098­0?mt=8 bermula semalam.

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam satu kenyataan memaklumka­n bahawa golongan pesara kerajaan serta penjawat awam adalah digalakkan untuk berbuat demikian bagi menguruska­n persaraan dengan lebih mudah selain meningkatk­an mutu perkhidmat­an KWAP secara menyeluruh.

MyPesara merupakan saluran komunikasi tambahan selain pusat panggilan dan khidmat pelanggan sedia ada membolehka­n pesara mengakses pelbagai maklumat persaraan. - bernama

 ??  ?? AZIH
AZIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia