Harian Metro

Pakar buka peti besi larikan wang tabung masjid

-

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang dipercayai memiliki kepakaran membuka peti besi dikesan melarikan wang tabung Masjid Al-Furqan di Chendering, Khamis lalu.

Perbuatan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an dan berpakaian baju biru serta berseluar gelap itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Rakaman berdurasi 2 minit 26 saat itu bermula dari jam 11.53 malam hingga 12.09 malam menunjukka­n lelaki terbabit memasukkan wang tabung ke dalam beg plastik sebaik berjaya membuka pintu tabung peti besi berkenaan.

Menurut sumber, kejadian disedari seorang jawatankua­sa masjid apabila mendapati kunci yang dipasang pada tabung berkenaan terbuka ketika hendak menanggalk­an langsir di ruang solat wanita bagi tujuan solat Jumaat pada jam 10.30 malam hari sama.

Katanya, selepas mendapati wang dalam tabung berkenaan lesap, lelaki berkenaan kemudian memeriksa rakaman CCTV dan melihat kelibat seorang lelaki berpakaian kemas sedang memasukkan wang tabung masjid ke dalam beg plastik.

“Berikutan itu, lelaki berkenaan melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan masjid sebelum mereka membuat laporan mengenainy­a jam 11.46 malam di Balai Polis Chendering untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak dapat pasti berapa anggaran kerugian tetapi berdasarka­n rakaman CCTV itu, jumlah wang yang diambil suspek didapati agak banyak.

“Kejadian itu adalah kali pertama berlaku di masjid berkenaan dan saya juga ingin jawatankua­sa masjid sentiasa memeriksa peti besi atau tabung masjid bagi mengelakka­n wang sumbangan jemaah berada dalam tabung dalam tempoh lama bagi mengelak kerugian besar sekiranya berlaku kecurian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia