Harian Metro

JUMPA PM JEPUN

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Penuntut UniKL MIMET timba ilmu sertai program pertukaran belia antarabang­sa

Berpeluang bertemu Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ketika kunjungan hormat dan sidang media di Tokyo, Jepun serta Putera dan Puteri Akishino, ‘berkampung’ 52 hari di samudera dengan mengharung­i ombak kuat di lautan Filipina dan berkenalan dengan rakan daripada pelbagai negara.

Itu antara kenangan yang tidak akan dilupakan penuntut Universiti Kuala Lumpur

Nadihah Begum Mohammed Salim, 22, ketika menyertai program

tahun

lalu.

Penuntut jurusan Operasi Maritim itu antara 28 individu yang terpilih mewakili negara bagi menyertai program pertukaran belia antarabang­sa anjuran kerajaan Jepun dengan kolaborasi Kementeria­n Belia dan Sukan.

Menurut Nadihah Begum, secara umumnya program berkenaan bertujuan mengeratka­n hubungan persahabat­an dan mewujudkan persefaham­an antara belia khususnya di negara ASEAN dan Jepun dalam usaha kerjasama antarabang­sa.

“Ia membabitka­n 10 negara ASEAN dan Jepun terdiri daripada golongan belia berusia antara 18 dan 30 tahun daripada pelbagai bidang dan pelajar universiti dari serantau ASEAN.

“Lebih manis lagi saya dilantik dan menggalas tanggungja­wab sebagai pembantu ketua belia bagi kontinjen negara dalam program pelayaran 52 hari menaiki kapal Nippon Maru ke beberapa negara ASEAN terpilih.

“Jawatan yang digalas itu mengajar saya kepentinga­n tanggungja­wab tidak hanya kepada diri, malah kontinjen dan negara kerana kami membawa tanggungja­wab besar sebagai duta belia negara dan semestinya perlu menjaga nama baik tanah air,” katanya yang aktif mengikuti program pertukaran sejak di sekolah lagi.

Menurut Nadihah Begum, selain Jepun antara negara yang dilawati mereka ketika itu adalah Vietnam, Thailand, Kemboja, Singapura dan Indonesia.

“Sepanjang tempoh itu pelbagai aktiviti menarik dijalankan dan banyak perkara baru yang dipelajari serta diteroka terutama peluang belayar.

“Saya sangat menghargai peluang itu kerana tidak semua orang memperoleh­inya. “Peluang berada di kapal dimanfaatk­an dengan sebaiknya dan Kapten Shigehiro Kubo yang mengemudi Nippon Maru juga banyak berkongsi ilmu laut serta perkapalan, malah beliau menggalakk­an saya bekerja di atas kapal kerana saya belajar dalam bidang maritim.

“Selain itu, peluang bertemu pemimpin belia, rakan dan keluarga angkat dari serantau ASEAN dan Jepun juga memberi penambahan ilmu, meningkatk­an kemahiran komunikasi dan pengucapan awam selain mengajar lebih bersikap terbuka serta tidak prejudis serta dapat memupuk rasa hormat biarpun berlainan negara, budaya, agama, bangsa dan cara pemakaian,” katanya.

Nadihah yang turut aktif dalam sukan, aktiviti sukarelawa­n dan kelab Sekretaria­t Rakan Muda di UniKL MIMET mengakui menjadikan minat dalam menyertai program luar adalah untuk mengembang­kan bakat kepemimpin­an dan sahsiah diri.

Menurutnya, sebagai anak muda mereka perlu keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu perkara baru serta mempunyai rakan daripada kelompak yang berbeza.

“Pada pendapat saya dunia ini luas untuk diteroka dan sebaiknya kudrat sebagai anak muda perlu digunakan untuk mencuba benda baru dan bakat yang kita ada. Dengan pengalaman yang diperolehi sekurang-kurangnya kita boleh menyumbang semula kepada komuniti,” katanya.

 ??  ?? NADIHAH Begum (belakang tiga kanan) bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (depan empat kiri) di Tokyo, tahun lalu.
NADIHAH Begum (belakang tiga kanan) bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (depan empat kiri) di Tokyo, tahun lalu.
 ??  ?? NADIHAH Begum (dua kiri) bersama peserta di atas kapal Nippon Maru program The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program 2016.
NADIHAH Begum (dua kiri) bersama peserta di atas kapal Nippon Maru program The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program 2016.
 ??  ?? NADIHAH Begum membuat persembaha­n kebudayaan dalam program SSEAYP 2016.
NADIHAH Begum membuat persembaha­n kebudayaan dalam program SSEAYP 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia