Harian Metro

Terpaksa guna air mineral untuk masak

-

“Saya terpaksa menggunaka­n air mineral untuk memasak,” kata Fazillah Ibrahim, 37, seorang daripada kira-kira 6,000 pengguna di Simpang Renggam dekat sini, yang terjejas akibat Loji Rawatan Air Simpang Renggam ditutup selepas bacaan amonia yang tinggi dikesan pada sumber air mentah sejak kelmarin.

Fazillah yang tinggal di Renggam Jaya berkata, rumah ibunya mula terputus bekalan air bersih sejak kelmarin akibat penutupan loji rawatan air berkenaan, sekali gus menyukarka­n urusan terutamany­a membabitka­n soal makan minum.

“Air tangki habis digunakan dan kami terpaksa mencari pusat cuci pakaian 24 jam. Kami berharap masalah yang berlaku dapat diselesaik­an secepat mungkin,” katanya ketika ditemui semalam.

Pengusaha restoran D’ Tepian Amirul di Pusat Perniagaan Wawasan, Amirul Anuar Sulaiman, 39, berkata, pihaknya terpaksa mencatu bekalan air di premis itu sejak malam kelmarin.

“Saya terpaksa menggunaka­n alternatif lain termasuk menyediaka­n tujuh tong dram selain menggunaka­n air mineral untuk masakan dan minuman pelanggan selain bekas pakai buang untuk pembungkus­an,” katanya.

Amirul Anuar yang turut mengusahak­an pusat cucian kenderaan di lokasi berhampira­n menanggung kerugian kerana perlu membayar upah pekerja seperti biasa walaupun operasi tergendala.

“Secara purata, 25 kenderaan dicuci setiap hari namun semalam (kelmarin), hanya enam saja yang dapat dicuci,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Sdn Bhd Jamaluddin Jamal berkata, sumber air mentah untuk loji berkenaan mencatatka­n bacaan amonia 13 bahagian per juta (PPM) berbanding bacaan 1.5 PPM dibenarkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia