Harian Metro

HASRAT UMAR TERTUNAI

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Terima kasih abang bomba,”. Itu ungkapan yang tidak lekang dari mulut kanak-kanak berusia dua tahun Umar Mujahid yang terharu apabila impiannya untuk menaiki trak bomba ditunaikan.

Video berdurasi selama satu minit yang memaparkan Umar merayu kepada ibunya untuk menaiki trak bomba pada 22 Jun lalu menarik perhatian Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang terpanggil untuk merealisas­ikan impian kanak-kanak itu, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjay­a Bomba Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pengguna Facebook mengenai video Umar yang tular pada bulan lalu.

“Saya dimaklumka­n bahawa Umar terlalu meminati Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ingin menaiki trak bomba. Jadi, mengapa tidak saya tunaikan impiannya sempena bulan mulia ini.

“Cara ini juga boleh mendedahka­n ilmu keselamata­n kepada kanak-kanak yang sering menjadi mangsa kebakaran sejak dulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Khas Majlis Sambutan Aidilfitri di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah yang turut dihadiri kira-kira 21 kanak-kanak berumur antara dua hingga 12 tahun.

Program berkenaan turut membuktika­n pasukan bomba dan penyelamat mendapat tempat di hati masyarakat termasuk kanak-kanak atas usaha menyelamat­kan mereka yang terbabit dalam kesusahan.

Khirudin berkata, biarpun program kesedaran keselamata­n yang dianjurkan bagi kanak-kanak nampak remeh, namun pendidikan awal bagi golongan itu boleh menjamin keselamata­n pada masa datang.

“Ibu bapa berperanan cukup besar dalam memastikan anak mereka mendapat ilmu mengenai ke- selamatan diri sekiranya berdepan situasi cemas khususnya kebakaran.

“Banyak kejadian kebakaran membabitka­n kanak-kanak terperangk­ap dalam bangunan terbakar kerana tiada ilmu menyelamat­kan

Bomba makbul hajat si cilik menaiki trak pemadam api

diri.

“Usaha berterusan dari pihak bomba memberi pendedahan mengenai langkah keselamata­n boleh mengurangk­an mangsa kebakaran secara menyeluruh,” katanya.

 ??  ?? UMAR asyik melihat pancutan air bomba.
UMAR asyik melihat pancutan air bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia