Harian Metro

PERABOT TONG ‘BERKARAT’

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

 Pemuda ubah bahan terpakai jadi perkakas rumah dengan modal RM3,000

Sentuhan tangan emas dan kreativiti seorang pemuda mengubah tong dram berkarat dan kayu palet terpakai menjadi set perabot serta perhiasan rumah bernilai tinggi.

Muhammad Qadri Ishak, 21, berkata, ketika memulakan perusahaan Januari lalu, tidak ramai yang yakin hasil kerja tangannya itu boleh menarik minat pembeli malah dia turut dikritik dengan teruk.

Namun, selepas hampir enam bulan, usaha Muhammad Qadri mula membuahkan hasil apabila kerap menerima tempahan daripada pelanggan.

“Pada mulanya saya menghasilk­an set memanggang untuk kegunaan keluarga namun rekaan itu menarik minat rakan yang singgah ke rumah dan dia menempahny­a.

“Sejak itu saya buka tempahan kepada penduduk kampung yang berminat sebelum ambil keputusan untuk lebih serius dalam bidang ini dengan menghasilk­an perabot dan perhiasan rumah pula,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Nelayan, Kuala Linggi, Masjid Tanah di sini.

Bermodalka­n wang simpanan RM3,000, Muhammad Qadri membuka bengkel di belakang rumah keluargany­a selain membeli set alat pertukanga­n, mesin cat dan kelengkapa­n kimpalan.

Katanya, antara perabot dihasilkan ialah set ruang tamu membabitka­n satu kerusi panjang, dua kerusi kecil dan meja kopi yang kini mendapat permintaan tinggi.“Saya menggunaka­n kreativiti dan pengalaman ketika belajar kursus kimpalan di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Bukit Katil untuk hasilkan semua ini.

“Dengan sedikit imaginasi, kerajinan, kemahiran mengimpal dan bertukang dimiliki saya kini mampu menjana pendapatan sendiri, memang penat tetapi berbaloi,” katanya.

Menurut Muhammad Qa- dri, dia sedia menerima tempahan mengikut rekaan yang dikehendak­i pelanggan dan kosnya bergantung kepada jenis barangan digunakan.

 ?? FOTO: HASBULLAH AZHAR ?? SET perabot ruang tamu yang dihasilkan daripada tong terpakai. MUHAMMAD Qadri menggunaka­n penutup muka dan mata ketika melakukan kerja mengimpal.
FOTO: HASBULLAH AZHAR SET perabot ruang tamu yang dihasilkan daripada tong terpakai. MUHAMMAD Qadri menggunaka­n penutup muka dan mata ketika melakukan kerja mengimpal.
 ??  ?? MUHAMMAD Qadri membancuh cat.
MUHAMMAD Qadri membancuh cat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia