Harian Metro

Ditangkap kaki terjulur bawah katil

-

Bradford (Britain): Polis sering berdepan kesukaran untuk memburu penjenayah kerana ramai pesalah pandai menyembuny­ikan diri.

Bagaimanap­un, seorang penjenayah di sini mungkin yang paling senang diburu pihak berkuasa kerana dianggap paling tidak pandai bersembuny­i.

Sepasukan anggota polis dihantar ke sebuah rumah di sini untuk menangkap seorang lelaki, Jan Sivak, 30, yang gagal menyerah diri selepas mendapat ikat jamin mahkamah.

Ketika menyerbu rumah berkenaan pada Selasa lalu, anggota polis terkejut melihat kaki seorang lelaki terjulur keluar dari bawah katil.

Selepas menarik kaki itu keluar, polis mendapati lelaki itu adalah Sivak, suspek yang diburu mereka.

Seorang anggota polis memuat naik gambar cubaan Sivak untuk menyembuny­ikan diri dan berkata: “Dia mungkin tidak akan memenangi sebarang hadiah jika masuk pertanding­an cari dan sembunyi.”

Sivak diburu kerana gagal hadir ke Mahkamah Majistret Bradford selepas diberi ikat jamin.

Lelaki itu dijangka menjawab tuduhan selepas didakwa merompak sebuah kedai makanan.

Sivak dituduh mencuri wang berjumlah £4,500 (RM25,200) dan beberapa barangan lain dari premis berkenaan.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan tetapi dihukum penjara 14 hari kerana melanggar perintah ikat jamin. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kaki Sivak terjulur keluar dari bawah katil dalam usahanya bersembuny­i bagi mengelak ditangkap polis. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n kaki Sivak terjulur keluar dari bawah katil dalam usahanya bersembuny­i bagi mengelak ditangkap polis. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia