Harian Metro

INDIA LANCAR GST

 Modi perkenal cukai baru untuk kukuhkan ekonomi negara

- AFP

Kerajaan India semalam melancarka­n perubahan fiskal terbesar dengan berjanji satu ekonomi yang lebih kukuh dan kurang rasuah walaupun cukai baru itu dibantah beberapa pihak.

Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) itu menggantik­an lebih 12 levi yang dikuatkuas­akan di seluruh negara dan di 29 negeri.

Ia bertujuan mengubah negara dengan 1.3 bilion penduduk dan AS$2 trilion (RM8.59 trilion) ekonomi menjadi satu pasaran.

GST di India mempunyai empat kadar berbeza daripada lima peratus hingga 28 peratus walaupun sebelum ini hanya satu kadar dicadangka­n.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengadakan satu sesi khas di Parlimen pada tengah malam untuk melancarka­n GST yang digelarnya ‘Good and Simple Tax’ (Cukai yang bagus dan mudah).

“Dengan GST, impian untuk satu India, India yang hebat akan menjadi kenyataan.

“GST adalah mudah, sistem yang telus yang boleh mengelakka­n wang haram dan membasmi rasuah yang membelengg­u negara selama bergeneras­i,” katanya.

Modi pada tahun lalu, mencetuska­n kemarahan apabila menarik balik lebih 85 peratus wang kertas negara itu dari edaran dalam usaha membasmi rasuah.

Namun, Modi yang berusaha keras membuat perubahan ekonomi dan merancang untuk bertanding semula pada pilihan raya 2019 berdepan dengan pelbagai masalah.

Negeri Jammu dan Kashmir enggan menandatan­gani satu daripada cukai berkenaan manakala peniaga dan pembangkan­g membantah sistem itu.

Pelancaran cukai baru itu turut mencetuska­n beberapa siri bantahan di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

 ??  ?? MODI (kanan) dan Presiden India, Pranab Mukherjee menekan
pembaz sebagai simbolik pelancaran GST di Parlimen di New
Delhi kelmarin. - EPA
MODI (kanan) dan Presiden India, Pranab Mukherjee menekan pembaz sebagai simbolik pelancaran GST di Parlimen di New Delhi kelmarin. - EPA
 ??  ?? PENYOKONG parti pemerintah Parti Bharatiya Janata menari bagi meraikan pelancaran GST di New Delhi, India kelmarin. - Reuters
PENYOKONG parti pemerintah Parti Bharatiya Janata menari bagi meraikan pelancaran GST di New Delhi, India kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia