Harian Metro

Tangguh tangkap pekerja asing

-

Kerajaan Thailand menangguhk­an sementara peraturan baru buruh selepas puluhan ribu pekerja asing melarikan diri ke negara masing-masing kerana bimbang ditangkap dan didenda.

Kejadian itu adalah kekecohan terbaru dalam usaha kerajaan untuk mendaftar jutaan pekerja asing yang menjadi tulang belakang ekonomi dengan bekerja di kilang, bot nelayan dan sektor bergaji rendah.

Thailand beberapa kali melancarka­n kempen bagi mendaftar pekerja asing haram dan menutup laluan penyeludup­an tetapi usaha itu biasanya dilakukan tergesa-gesa dan tidak berterusan.

Keadaan itu menyebabka­n ramai tenaga kerja asing masih belum berdaftar dan terdedah terhadap eksploitas­i oleh penyeludup serta majikan.

Kerajaan kelmarin, mengumumka­n penangguha­n sebahagian undang-undang baru itu, yang berkuatkua­sa pada 23 Jun lalu, selama 120 hari selepas ia mencetuska­n panik dalam kalangan pekerja asing dan majikan.

“Sepanjang tempoh ini tiada tangkapan atau operasi terhadap pekerja asing haram kecuali mereka yang melanggar undang-undang penyeludup­an manusia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam.

Ribuan buruh asing kembali semula ke negara asal mereka di Myanmar dan Kemboja kerana bimbang ditangkap dan didenda hingga AS$3,000 (RM13,000) kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Majikan juga boleh didenda mencecah AS$24,000 (RM103,000) untuk setiap pekerja asing tanpa permit yang digaji mereka. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia