Harian Metro

AMUK KENA BUANG KERJA

- Reuters

 Doktor lepaskan tembakan di dalam hospital kerana

berang akibat dipecat

Seorang doktor yang dipecat daripada sebuah hospital di sini melepaskan tembakan menggunaka­n raifal automatik di dalam bangunan berkenaan kelmarin menyebabka­n seorang doktor maut dan enam lagi cedera.

Lelaki itu yang memakai kot makmal putih menyelinap masuk ke Hospital Pusat Bronx-Lebanon di Bronx sebelum melepaskan tembakan.

Suspek dipercayai cuba membakar diri sebelum dia ditemui mati akibat menembak dirinya sendiri.

Jurucakap polis, James O’Neill berkata, seorang doktor pakar wanita maut ditembak dan enam mangsa cedera termasuk beberapa doktor dengan lima daripada mereka parah.

Daruk Bandar New York, Bill de Blasio memberitah­u, kejadian itu berkaitan dengan masalah kerja dan bukan serangan pengganas.

Media tempatan mengenal pasti penyerang sebarang Dr Henry Bello, 45, yang dipecat daripada hospital berkenaan.

Akhbar The New York Times dan New York Daily News melaporkan, Bello meletak jawatan bagi mengelak dipecat kerana berdepan tuduhan melakukan serangan seksual.

Pihak berkuasa berkata, kejadian berlaku pada jam 3 petang (waktu tempatan) apabila penyerang melepaskan tembakan di tingkat 16 dan 17 hospital berkenaan.

Mayat lelaki itu dan seorang mangsa yang maut ditemui di tingkat 17 manakala enam lagi mangsa ditemui terbaring di tingkat 16.

Kejadian itu mencetuska­n panik di seluruh hospital dan polis menggeleda­h bangunan berkenaan bagi mencari penyerang.

“Semua orang berlari, semua orang ketakutan. Saya dan beberapa rakan lagi bersembuny­i di dalam bilik loker selama sejam,” kata seorang kerani hospital, Jane Vachara.

Kejadian bertambah panik apabila sistem kebakaran hospital itu diaktifkan selepas penyerang cuba membakar dirinya.

Sistem kebakaran itu menghentik­an perkhidmat­an lif sekali gus menyukarka­n pasukan penyelamat menyelamat­kan mangsa yang cedera di tingkat 16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia