Harian Metro

OPTIMIS CATAT LEBIH BAIK

 Khairul yakin mampu konsisten dengan beri larian terbaik di Bhubaneswa­r

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Pemenang rekod kebangsaan 100 meter (m) negara, Khairul Hafiz Jantan (gambar) mahu terus menyerlah dengan catatan masa lebih pantas apabila beraksi di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di Bhubaneswa­r, India dari 6 hingga 9 Julai ini.

Selepas cemerlang menghadiah­kan emas kepada negara ketika menyertai Terbuka Thailand, atlet kelahiran Melaka itu mahu terus terus konsisten dengan catatan masa lebih baik.

Biarpun sukar untuk mengulangi kejayaan di Thailand pada penyertaan kali pertamanya di ATF, Khairul bagaimanap­un optimis memberi larian terbaik.

Katanya, dia percaya akan percaturan jurulatih Mohd Poad Md Kassim dan hanya akan mengikut apa yang dirancang beliau.

“Saya kembali mendapat rentak selepas menang di Thailand. Catatan 10.31s itu tidak jauh beza dengan rekod saya. Ia memberi satu motivasi yang tinggi kepada saya untuk terus berlari lebih pantas.

“Dapat menewaskan Jirapong Meenapra iaitu pelari yang pernah meraih emas di Sukan SEA memberi satu suntikan semangat buat saya,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran di India, dia yang akan berlepas ke Bhubaneswa­r, esok berkata, dia akan cuba untuk melakukan masa sekitar 10.2 saat.

“Sebagai pelari pecut, ada kalanya graf larian tidak menentu. Ada turun dan naik. Saya akan cuba yang terbaik dan yakin terhadap apa yang dirancang oleh jurulatih.

“Apa yang pasti saya mahu ‘meletup’ di Sukan SEA nanti,” katanya.

Antara pesaing yang akan beraksi dalam acara 100m di ATF nanti adalah atlet Qatar, Femi Ogunode yang merekodkan catatan terbaik 9.91s diikuti atlet Iran, Hassan Taftian (10.04s) dan Tosin Joseph dari Qatar 10.18s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia