Harian Metro

Hafizh bakal bersama pasukan Kagayama

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah bakal melakukan penampilan pertama pada perlumbaan Suzuka 8hours Endurance dari 27 hingga 30 Julai ini apabila menerima tawaran dari pasukan Kagayama untuk beraksi pada perlumbaan berprestij itu.

Pelumba negara itu yang beraksi bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia dalam saingan Moto2, akan berganding bersama dua lagi pelumba Jepun Yukio Kagayama dan Naomichi Uramoto menggunaka­n jentera Suzuki GSX-R1000 L7.

Hafizh serta dua lagi rakan sepasukann­ya itu dilihat menggalas tanggungja­wab tinggi apabila pasukan mensasarka­n untuk memperoleh podium serta memenangi perlumbaan buat kali pertama.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan Kagayama kerana memberi saya peluang untuk beraksi di kejohanan ini. Saya tahu ia adalah acara perlumbaan motosikal yang berprestij dan penting.

“Terdapat banyak nama besar dan pelumba yang berpengala­man yang akan berlumba. Saya yakin ia akan menjadi pengalaman yang sangat menarik.

“Selain itu Kagayama juga adalah seorang pelumba yang sangat kuat dan pantas selain mempunyai banyak pengalaman.

“Sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik untuk mencapai matlamat tertinggi bersama pasukan ini,” katanya.

Dua lagi pelumba negara yang turut beraksi di perlumbaan itu adalah Azlan Shah Kamaruzama­n dan Md Zaqhwan Zaidi.

Azlan akan mewakili pasukan Kawasaki Team Green sementara Zaqhwan bersama pasukan SatuHATI Honda Team Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia