Harian Metro

MAHU SEKEBAL BONUCCI

-

Soalan (S): Mengapa Danish memilih bola sepak sebagai sukan pilihan?

Jawapan (J): Saya memilih bola sepak kerana ia boleh menjadi sumber pendapatan saya. Selain itu, saya memilih bola sepak untuk mengembali­kan kegemilang­an Malaysia.

Saya bukan saja berbakat dalam bola sepak, tapi juga mampu bermain sukan lain seperti sepak takraw dan badminton. S: Danish beraksi di posisi pertahanan bersama skuad NFDP, apa perkara utama yang sering LTK tekankan kepada anda untuk menjadi seorang pemain pertahanan ampuh?

J: Ya saya beraksi di posisi pertahanan di NFDP. Jurulatih (LTK) selalu kata dalam kotak penalti jaga orang dengan rapat dan duduk di sisi pihak lawan jangan berada di belakang atau de- pan pemain lawan. Kedua, beliau selalu pesan kalau satu lawan satu jangan masuk begitu saja sebaliknya kena halang dari awal pergerakan lawan dengan tenang dan bijak.

S: Kali terakhir Harimau Malaya melahirkan pemain pertahanan berkualiti ialah pada era Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh. Selepas zaman mereka berdua, kita ketandusan barisan pertahanan yang benar-benar mantap. Apa pandangan anda mengenai hal itu?

J: Pada pandangan saya, pada era mereka, kedua-duanya bermati-matian untuk mempertaha­nkan kubu negara dan mereka tak kisah tentang gaji. Zaman sekarang pertahanan kita kurang mantap mungkin disebabkan mereka tak fokus dalam latihan ataupun mereka tidak dilatih dari kecil mengenai cara bertahan yang betul.

S: Siapakah idola anda dalam bola sepak khususnya yang bermain di bahagian pertahanan? J: Idola saya ialah Leonardo Bonucci yang bermain untuk Juventus dan Itali. Saya meminatiny­a kerana mempunyai hantaran tepat dan cara bertahan yang sangat baik. Lionel Messi juga pernah melabelkan­nya salah seorang pertahanan yang paling sukar untuk diatasi.

S: Ketika ini, anda berada dalam skuad elit NFDP dan akan mengibar cabaran negara memburu tiket ke Piala Dunia B-17 pada 2019 nanti. Setakat ini bagaimana anda melihat persiapan pasukan menjelang pusingan kelayakan Piala AFC B-16 pada September ini?

J: Menjelang Kejohanan Piala AFC ini persiapan rapi sudah dijalankan dengan menyertai pertanding­an di Itali membabitka­n pasukan terkuat Eropah dan Amerika Utara. Keduanya, baru-baru ini kami ke Perancis dan Belanda. Beberapa aksi di sana adalah persiapan rapi yang diatur jurulatih sebelum kami bermain dalam kelayakan itu nanti. Malah, pada setiap hari Khamis dan Sabtu

 Danish idam beraksi di pentas Eropah

biasanya jurulatih akan mengadakan perlawanan sesama sendiri. Ia bertujuan untuk membiasaka­n kami dengan format Kejohanan Piala AFC nanti.

S: Jepun diundi sekumpulan dengan skuad negara pada pusingan kelayakan itu, adakah anda yakin pasukan negara mampu mencuri salah satu tiket ke Piala Dunia B-17 itu?

J: Walaupun Malaysia diundi dengan Jepun, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat saya dan rakan-rakan untuk terus berjuang melayakkan Malaysia ke Piala Dunia. Saya yakin kami mampu layak secara merit ke Piala Dunia dengan hasil usaha kami selama 3 tahun ini.

 ?? FOTO: ?? DANISH bersama ibu Nor Zamzame Hussain, (tengah) dan neneknya Asma Mat Isa ketika menggilap kasut di rumahnya di Jalan Sungai Nyior, Butterwort­h.
FOTO: DANISH bersama ibu Nor Zamzame Hussain, (tengah) dan neneknya Asma Mat Isa ketika menggilap kasut di rumahnya di Jalan Sungai Nyior, Butterwort­h.
 ??  ?? BONUCCI
BONUCCI
 ??  ?? DANISH (kanan)
menyekat pergerakan lawan
ketika beraksi bersama skuad elit
NFDP.
DANISH (kanan) menyekat pergerakan lawan ketika beraksi bersama skuad elit NFDP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia