Harian Metro

BUKAN SEKADAR PELENGKAP

-

Soalan: Muay thai bukanlah sukan utama negara ini malah pada peringkat awal tidak disenaraik­an untuk saingan Sukan SEA Ogos nanti.

Namun ia kembali diterima selepas rayuan dilakukan dan dua emas disasarkan bagi membantu kontinjen negara muncul juara keseluruha­n.

Bagaimana anda (Muhammad Ali Yaakub) melihat situasi ini dengan anda salah seorang yang diletakkan harapan muncul juara.

Karim Jelani Morib, Selangor

negara lain menambah pungutan emas mereka.

Atlet negara juga berbakat dan berkemampu­an muncul juara, sebab itu kita meletakkan sasaran untuk meraih dua daripada lima emas yang dipertandi­ngkan, sama seperti empat tahun lalu di Myanmar.

Saya sendiri tidak tertekan dengan harapan diletakkan kepada saya untuk meraih emas selepas sekadar gangsa pada edisi 2013.

Saya melihatnya sebagai motivasi kerana ia menyuntik semangat saya untuk berjaya dan mengharumk­an nama Malaysia.

Saya bukan saja mahu bergelar jaguh di pentas Sukan SEA namun di pentas lebih besar iaitu di persada dunia. Ada antara kejohanan di pentas dunia yang sudah saya menangi, namun ia masih belum memuaskan hati saya untuk terus melakar kejayaan.

Saya turut sedar kejayaan di Sukan SEA akan lebih merancakka­n pembanguna­n muay thai di Malaysia walaupun pada masa kini sudah berada pada tahap yang bagus.

Pada pemerhatia­n saya semakin banyak pusat latihan muay thai dibuka dan ia adalah satu perkembang­an yang positif terutamany­a dapat mencungkil bakat baru yang berpotensi untuk diketengah­kan.

Jadi saya sememangny­a berharap sukan muay thai pada Sukan SEA nanti akan membuahkan hasil yang positif kepada kontinjen negara selain menarik minat masyarakat untuk melihat dan memahami seni mempertaha­nkan diri ini dengan lebih mendalam.

 Ali gembira muay thai kembali tersenarai di Sukan SEA, pasang impian harumkan nama negara di pentas antarabang­sa

 ?? Muhammad Ali Yaakub ?? Saya sendiri tidak tertekan dengan harapan diletakkan kepada saya untuk meraih emas selepas sekadar gangsa pada edisi 2013. Saya melihatnya sebagai motivasi kerana ia menyuntik semangat saya untuk berjaya dan mengharumk­an nama Malaysia” AKSI tangkas...
Muhammad Ali Yaakub Saya sendiri tidak tertekan dengan harapan diletakkan kepada saya untuk meraih emas selepas sekadar gangsa pada edisi 2013. Saya melihatnya sebagai motivasi kerana ia menyuntik semangat saya untuk berjaya dan mengharumk­an nama Malaysia” AKSI tangkas...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia