Harian Metro

KURANG TEKANAN BUKAN ALASAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Iskandar enggan ambil mudah cabaran lawan,

tekad pamer aksi terbaik di tempat sendiri

Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengaku kurang berdepan tekanan untuk memastikan pingat emas perseorang­an terus di dominasi Malaysia selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak meletakkan sasaran tinggi untuk acara itu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos depan.

Bagaimanap­un, jelas pemain berusia 26 tahun itu, ia

(gambar)

bukanlah alasan untuknya memandang mudah saingan di temasya sukan dwitahunan itu sebaliknya akan berusaha untuk mengikut jejak langkah Chong Wei Feng yang memenangi emas dua tahun lalu di Singapura.

“Perasaan tertekan itu memang ada tapi saya tidak boleh nak elak. Tapi kali ini BAM tak letak sasaran tinggi untuk perseorang­an lelaki.

“Jadi saya harap ia akan memberi kelebihan kerana kami turun beraksi tanpa sebarang tekanan.

“Apapun saya yakin kita akan dapat mengekalka­n emas dalam acara itu,” katanya.

Bagi Iskandar, dia sememangny­a sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di temasya dwitahunan berkenaan.

“Saya memang tahu akan bermain di Sukan SEA. Harap dalam baki tempoh yang ada ini saya dapat memperbaik­i segala kelemahan.

Tambahnya lagi, cabaran utama pastinya hadir daripada Indonesia yang dijangka akan membariska­n pemain terbaik.

“Saya difahamkan Indonesia tak terlalu fokus sangat untuk Kejohanan Dunia. Memang mereka akan menjadi pencabar utama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia