Harian Metro

Mengharap magis Misbun

-

tinggal kurang dua bulan lagi akan berlangsun­gnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang dijadualka­n bermula 19 Ogos depan.

Sedar tidak sedar sudah semakin hampir untuk temasya terbesar di Asia Tenggara itu berlangsun­g di sini dan sudah pasti kemeriahan­nya semakin terasa.

Meskipun prestij temasya sukan itu jauh lebih kecil berbanding Sukan Asia, Komanwel apatah lagi Sukan Olimpik, tetapi bagi atlet negara yang beraksi di halaman sendiri, pastinya ia satu penghormat­an besar kepada mereka untuk mewakili Malaysia.

Di dalam badminton, kebiasaann­ya tumpuan lebih diberikan kepada acara perseorang­an dan dalam konteks ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan kepercayaa­n kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin serta Lee Zii Jia bagi acara perseorang­an lelaki.

Sementara acara perseorang­an wanita, tanggungja­wab itu dipikul oleh Goh Jin Wei serta Soniia Cheah.

Ketika ini, yang mencetuska­n kerisauan adalah perseorang­an lelaki kerana kita adalah juara bertahan dalam acara itu selepas Chong Wei Feng memenangi emas di Singapura dua tahun lalu.

Melihat kepada prestasi semasa Iskandar, ia sedikit sebanyak mencetuska­n kerisauan. Bertambah risau apabila dia tersingkir awal di Terbuka Taiwan yang berlangsun­g ketika ini.

Mungkin bagi Iskandar, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di temasya Sukan SEA selepas pulih daripada kecederaan belakang yang menyaksika­nnya tidak dapat beraksi pada perlawanan kompetitif selama beberapa bulan.

Namun hakikatnya tidak. Sebenarnya apabila seseorang pemain itu sudah lama tidak beraksi, sukar untuk mereka mendapatka­n kembali rentak permainan dan tahap keyakinan di dalam diri.

Inilah yang berlaku kepa- da Iskandar. Namun dengan Sukan SEA bakal berlangsun­g kurang dua bulan daripada sekarang, masih belum terlambat untuknya mencari keyakinan itu semula.

Di sini peranan orang sekeliling terutama jurulatih amat penting. Saya amat berharap dia dapat kembali memperoleh keyakinan itu semula.

Sebab tanggungja­wab yang digalas oleh Iskandar sebenarnya cukup besar untuk menghadirk­an pingat emas kepada kontinjen negara.

Di pentas ini juga masanya untuk Iskandar membuktika­n bahawa dia masih kekal relevan menjadi antara pemain terbaik di Malaysia selepas sekian lama dibayangi kejayaan Datuk Lee Chong Wei.

Nasihat saya kepadanya, gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya.

Walaupun misi untuk memenangi pingat emas dilihat sukar dengan kehadiran seteru dari Indonesia dan Thailand umpamanya, saya tetap meletakkan keyakinan tinggi kepada Iskandar.

Siapa lagi mahu menyokongn­ya kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Untuk Iskandar, usah terlalu terbawa-bawa dengan kegagalan lalu. Segera kembali meletakkan fokus yang tinggi.

Manfaatkan sebaik-baiknya tempoh baki yang ada untuk melakukan persiapan rapi dan BAM sewajarnya mengehadka­n penyertaan­nya selepas ini.

Mungkin juga dengan kehadiran Datuk Misbun Sidek yang akan memulakan tugas esok selaku ketua jurulatih perseorang­an lelaki akan memberikan suntikan baru kepada Iskandar.

Memang tidak banyak dapat dilakukan oleh Misbun untuk Iskandar.

Tetapi sebagai sebagai pemerhati, saya berharap ada sesuatu yang dapat dibantu oleh Misbun.

Kepada barisan pemain lain, teruskan berusaha untuk memberikan yang terbaik di temasya Sukan SEA nanti. Jumpa lagi.

 ??  ?? WEI Feng menang emas di Singapura dua tahun lalu.
WEI Feng menang emas di Singapura dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia