Harian Metro

SUKAN ERAT PERPADUAN

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, visi dan misi Kelab Sukan SportsUnit­e tidak pernah berubah iaitu memperkasa­kan perpaduan peringkat akar umbi melalui aktiviti sukan.

Terkini, mereka dengan kerjasama MVP Marketing & Event menganjurk­an Karnival Bola Keranjang Perpaduan 3 Lawan 3 U R My Bro 2017 merebut Piala Datuk Yeoh Choo Hock kali ke-2 yang berlangsun­g di SJKC Kung Min, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebanyak 48 pasukan bawah 15 dan 18 tahun menyertai acara yang turut mendapat sokongan padu MILO, minuman Isotonik Revive dan Molten itu.

Menariknya, semua pasukan mematuhi peraturan penganjur iaitu wajib mendaftar pemain yang berbilang kaum dan semua pemain menerima baju-T Milo secara percuma.

Choo Hock adalah tokoh sukan yang banyak jasa kepada bola keranjang. Beliau memegang jawatan selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Persatuan Bola Keranjang Asia dan naib presiden Persatuan Bola Keranjang Dunia.

Sempena jasa besarnya dalam sukan itu, penganjur mewujudkan trofi khas yang sempena nama beliau untuk edisi kedua kejohanan ini.

Pada perlawanan akhir kategori bawah 15 tahun, pasukan MVP Kepong muncul juara selepas yang menewaskan Thug Life dengan jaringan 8-4. Skuad Cincai dari Kajang turut mencatat nama selaku juara selepas memadam impian Swing Man dari Shah Alam dengan jaringan 6-3.

Empat pasukan terbaik menerima trofi, pingat, barangan MILO, Revive dan

 Bola Keranjang 3 Lawan 3 disertai remaja pelbagai kaum

Molten. Choo Hock turut hadir menyaksika­n perlawanan akhir dan menyampaik­an hadiah kepada semua pasukan.

Beliau turut memuji penganjur kerana berjaya menarik minat semua kaum menyertai kejohanan ini dan yakin sukan bola keranjang mampu melahirkan lebih ramai pemain berbilang kaum.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemenang ceria dengan hadiah masing-masing pada kemuncak kejohanan di Kuala Lumpur.
SEBAHAGIAN pemenang ceria dengan hadiah masing-masing pada kemuncak kejohanan di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia