Harian Metro

MMU puas tempat ketiga

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pasukan bola sepak Universiti Multimedia Melaka (MMU) tetap ceria walaupun sekadar menduduki tangga ketiga Kejohanan Sukan Networking Games Malaysia di Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) yang berlangsun­g di Terengganu, baru-baru ini.

Kapten pasukan MMU Mohd Amirudin Mat Nor berkata, kejohanan sukan antara staf universiti/kolej swasta seluruh Malaysia terbabit menyaksika­n nasib tidak menyebelah­i pasukannya selepas tewas 1-2 kepada Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti apabila perlawanan berkesudah­an 0-0 pada aksi sepenuh masa.

Menurutnya, pemain sudah berusaha gigih untuk mencipta kejayaan mara ke final namun akur gagal ke final sepanjang dua tahun berturut-turut selepas kecewa pada peringkat sama tahun lalu.

Katanya, kejohanan menyaksika­n INSTEP muncul juara sementara Politeknik Malaysia menduduki tangga kedua.

“Walaupun sekadar menduduki tangga ketiga namun kami mahu melangkah ke final dan mencipta kejayaan sulung pada kejohanan sama 2018 nanti.

“Justeru kami akan memberi fokus yang lebih jitu sepanjang tahun ini dan awal 2018 sebelum menyertai kejohanan terbabit. Malah tersekat dua tahun berturut-turut memberi gambaran bahawa MMU masih mampu untuk mencipta kejutan,” katanya.

Menurutnya, antara aktiviti awal bagi memenuhi sasaran terbabit termasuk menjalani latihan setiap minggu serta mengadakan perlawanan persahabat­an dengan banyak pasukan menjelang kejohanan musim depan.

 ??  ?? PASUKAN MMU tetap ceria walaupun sekadar menduduki tangga ketiga Kejohanan Sukan Networking di Terengganu, baru-baru ini.
PASUKAN MMU tetap ceria walaupun sekadar menduduki tangga ketiga Kejohanan Sukan Networking di Terengganu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia