Harian Metro

WEISER WIRA JERMAN

- AFP

 Jaringan tunggal melalui tandukan sentap ego Sepanyol

Mitchell Weiser muncul wira Jerman selepas menanduk masuk gol tunggal perlawanan yang membolehka­n pasukannya mengalahka­n Sepanyol 1-0 pada final Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah yang berlangsun­g di Krakow, Poland, semalam.

Ia adalah gelaran kedua Jerman di kejohanan berkenaan selepas turut muncul juara pada edisi 2009 manakala impian Sepanyol untuk melebarkan rekod kemenangan kepada empat kali, tidak kesampaian.

Tandukan Weiser yang juga pemain sayap Hertha Berlin itu gagal diselamatk­an penjaga gol Sepanyol Kepa Arrizabala­ga dan menuju tepat ke penjuru kanan pada minit ke-40 hasil hantaran lintang pertahanan kanan Jeremy Toljan.

“Jaringan itu membuatkan kami berada dalam keadaan sukar,” kata jurulatih Sepanyol Albert Celades.

“Kami menyerang habis-habisan pada babak pertama, kami cuba melakukan apa yang terdaya pada babak kedua tetapi nasib tidak kami.

“Sudah tentu kami sedih, ini adalah final tetapi Jerman adalah pasukan yang sangat hebat... mereka bermain cemerlang.”

Sepanyol melangkah ke final selepas mencatat empat kemenangan sejak di peringkat awal dan Celades menurunkan barisan sama ketika menang 3-1 ke atas Itali di separuh akhir.

Sementara itu, jurulatih Jerman Stefan Kuntz tidak dapat menurunkan penyerang utama Davie Selke yang cedera tetapi pertahanan Niklas Stark kembali boleh bermain selepas tidak

menyebelah­i beraksi di separuh akhir menentang England.

Sepanyol bermula garang tetapi Jerman berjaya menyerap setiap serangan sambil sesekali melancarka­n serangan balas pantas.

“Kami percaya di final, semua pemain kami akan memberikan persembaha­n 100 peratus dan telahan kami benar,” kata Kuntz.

“Kami membuat perancanga­n terbaik dan kami bermain dengan penuh semangat. Kami merancang strategi dan pemain melakukann­ya dengan cukup baik. Semangat juang mereka menjadi kunci kejayaan kami.”

 ??  ?? DUA pemain Sepanyol mengekang kelincahan Weiser di Krakow.
DUA pemain Sepanyol mengekang kelincahan Weiser di Krakow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia