Harian Metro

JERMAN YAKIN, CHILE WASPADA

- Reuters

Russia

Jerman akan menentang Chile di final Piala Konfederas­i awal pagi esok tetapi mereka merasakan seolah-olah sudah muncul juara. Semuanya disebabkan persembaha­n cemerlang skuad muda yang dipercayai bakal membarisi pasukan Jerman ketika mempertaha­nkan Piala Dunia tahun depan.

Jurulatih Joachim Loew tidak begitu mengikuti perkembang­an kejohanan lapan negara yang dijadikan kejohanan pemanas badan sebelum Piala Dunia dan beliau memilih untuk merehatkan sebahagian besar pemain utamanya.

Antara yang tidak dibawa ke Russia ialah Mats Hummels, Jerome Boateng, Toni Kroos, Sami Khedira, Manuel Neuer dan Marco Reus kerana Loew mahu menjadikan pertanding­an kali ini sebagai pendedahan buat pemain mudanya sebelum mengharung­i Piala Dunia 2018.

Hasilnya, Loew beroleh apa yang beliau impikan dan untuk final menentang Chile, pengendali itu berdepan masalah untuk memilih kesebelasa­n utama kerana semua pemain termasuk Leon Goretzka, Timo Werner dan Lars Stindl sudah membuktika­n kemampuan masing-masing.

Jika menang ke atas Chile, ia akan menjadi gelaran pertama Jerman di kejohanan itu tetapi apa yang mahu dilihat Loew pada final kali ini ialah semangat juang anak buahnya di St Petersburg nanti.

“Pemain semua seronok, mereka laparkan kejayaan,” kata Loew. “Anda boleh merasakan semangat itu. Saya rasa kita sudah dapat melihat sebuah pasukan yang benar-benar mantap.”

Semangat juang itulah yang membawa Jerman ke final walaupun pemilihan Loew pernah diragui kerana beliau langsung tidak membawa nama-nama besar ke Russia.

“Chile adalah lawan terkuat di kejohanan ini, kami sedar mereka pasti akan ke final,” kata Loew.

“Kita tahu bahawa Chile mampu mengubah taktik serta merta. Mereka sudah

 Skuad kendalian Loew dilihat selesa dengan barisan

pemain muda, Sanchez sandaran buru gol

mula menggempar­kan dunia, memiliki skuad mantap dan perkembang­an bola sepak di negara itu juga sangat menarik.”

Sementara itu, Chile akan sekali lagi cuba mendominas­i perlawanan dan pergerakan mereka akan dijana Alexis Sanchez tetapi apa yang penting ialah mereka perlu menyempurn­akan setiap peluang yang ada.

Chile melepaskan beberapa peluang menjaringk­an gol ketika separuh akhir menentang Portugal sebelum menang menerusi penalti untuk ke final ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas kejayaan di Copa America 2015 dan 2016.

“Kami datang dari negara yang mungkin tidak sering berdepan situasi ini,” kata kapten Claudio

Bravo mengenai aksi final.

“Hanya dengan bola sepak, kami mampu menggembir­akan rakyat Chile sekali gus melupakan seketika masalah mereka. Ia adalah perkara paling cantik di dalam sukan ini,” kata penjaga gol itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia