Harian Metro

Sanchez belum mahu dedah destinasi dituju

-

Russia: Penyerang Arsenal Alexis Sanchez berkata, dia sudah jelas dengan masa depannya tetapi masih belum mahu mendedahka­n destinasi yang akan ditujui musim depan.

Sanchez sedang bersama skuad Chile untuk mengharung­i final Piala Konfederas­i menentang Jerman tetapi setiap kali bertemu wartawan, dia akan diajukan soalan sama iaitu mengenai masa depannya.

Kontraknya sudah memasuki tahun akhir dan masih belum menandatan­gani sebarang perjanjian untuk kekal di Emirates sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang menyebut dia mungkin berpindah ke Bayern Munich atau Manchester City.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Sanchez hanya ketawa dan berkata: “Ya, saya sudah menetapkan­nya tetapi buat masa ini, saya belum boleh memberitah­u anda.”

Sanchez juga berkata bahawa dia belum tentu berganding dengan penjaga gol Chile Claudio Bravo di Manchester City musim depan.

“Soalan yang baik,” katanya. “Tetapi ketika ini saya sedang menumpukan perhatian kepada final Piala Konfederas­i. Apabila semua ini selesai, saya akan beritahu sama ada saya akan kekal di Emirates atau berpindah. Buat masa ini, saya tidak akan berkata apa-apa mengenainy­a.”

Sanchez diharap mampu membantu Chile menjulang Piala Konfederas­i buat kali pertama selepas mereka menewaskan Portugal menerusi penentuan penalti di separuh akhir.

Arsenal dikatakan terdesak untuk mengekalka­n Sanchez tetapi setakat ini, dia masih enggan menandatan­gani kontrak lanjutan yang menyaksika­n bekas bintang Barcelona itu bakal menerima gaji sebanyak £250,000 (RM1.39 juta) seminggu itu.

Tetapi, pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata bahawa beliau tidak akan menjual Sanchez ke pasukan Liga Perdana lain walaupun itu bermakna beliau terpaksa melepaskan pemain itu secara percuma musim panas akan datang.

- Agensi

 ??  ?? STINDL (kiri) dan Goetzka antara bintang meningkat naik Jerman.
STINDL (kiri) dan Goetzka antara bintang meningkat naik Jerman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia