Harian Metro

Penganjura­n ASL belum berkubur

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penganjura­n Liga Super ASEAN (ASL) masih belum berkubur meskipun rancangan untuk mengadakan­nya tahun ini tidak menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung Persekutua­n Bolasepak Asean (AFF) Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata, mereka masih menaruh harapan untuk menghidupk­an semula idea itu.

“Buat masa ini, saya percaya kita tangguh dulu, saya tidak boleh kata dibatalkan sama sekali oleh kerana mungkin idea-idea daripada ahli gabungan AFF yang akan mencetuska­n cara lain,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan penganjura­n ASL tidak mendapat sambutan 11 ahli gabungan AFF kerana terikat dengan jadual saingan liga domestik masing-masing termasuk Malaysia.

Daripada 11 ahli gabungan AFF itu (tidak termasuk Australia) sembilan daripadany­a tidak bersetuju untuk menghantar pasukan menyertai ASL.

“Pada Mesyuarat Majlis AFF pada 20 Mei lalu, kita membuat ketetapan supaya di mesyuarat itu kita mendapat pungutan suara daripada ahli-ahli gabungan AFF. Ahli gabungan AFF seramai 12 negara tetapi 11 saja dikira memandangk­an Australia tidak mahu terbabit dalam ASL memandangk­an kos kewangan dari segi penerbanga­n.

“Daripada 11 negara itu, kita mendapati sembilan negara termasuk Malaysia tidak bersetuju untuk mengambil bahagian kelab di bawah naungan mereka dalam ASL. Baki lagi dua iaitu Filipina dan Singapura mengambil pendirian berkecuali. Saya fikir Singapura ada sebab berkecuali memandangk­an mereka sepatutnya menjadi penganjur atau tuan rumah untuk melaksanak­an liga ini.

“Sebab-sebab yang diberi oleh sembilan negara ini rata-rata mereka mahu memantapka­n liga tempatan atau liga nasional negara masing-masing kepada tahap lebih tinggi,” jelas Azzuddin.

Katanya, beberapa aspek perlu diambil kira semula andai ASL mahu direalisas­ikan. Kuantan: Jurulatih Kuantan FA Zulhamizan Zakaria memuji semangat juang anak buahnya selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 dalam saingan Liga Perdana, kelmarin.

Katanya, walaupun ketinggala­n 0-1, The Seagulls mempamer peningkata­n membanggak­an untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

Zulhamizan berkata, kemenangan itu bakal menjadi suntikan semangat apatah lagi ia dicapai pada perlawanan pertama selepas saingan Liga Perdana berehat lebih sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia