Harian Metro

Penyu nyaris hampa

- Malik Muhammad sukan@hmetro.com.my

Terengganu: Aksi longlai yang dipamerkan Terengganu pada awal babak pertama hampir memakan diri sebelum bangkit mengikat Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Kekecewaan itu diluahkan pengendali Irfan Bakti Abu Salim yang berang dengan pemainnya biarpun berpeluang cerah untuk menang di laman sendiri.

“Pada 30 minit pertama pemain dilihat bagaikan tertidur dan banyak hilang bola dengan tiada komunikasi yang menyebabka­n mereka hilang arah.

“Inilah perlunya komunikasi. Saya lihat pemain tengah Gabriel Davis Dos Santos dan Syukur Jusoh tidak tentu arah, begitu juga beberapa pemain lain hingga memberikan dua gol mudah kepada lawan.

“Jika pemain mengikut arahan dan beraksi mengikut taktikal yang dirancang, kita mampu menewaskan lawan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, tetapi mujur kita berjaya mengutip satu mata selepas ketinggala­n dua gol,” kata Irfan.

Jaringan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-46 dan K Partiban lima minit kemudian berjaya memadam jaringan awal pemain lawan yang dihasilkan Alaxender Moreton Smith pada minit keempat dan Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak pada minit ke-10.

Mengulas lanjut, Irfan berkata, secara keseluruha­n beliau tetap berpuas hati dengan usaha keras pemainnya terutama pada babak kedua sehingga berjaya mencatat seri.

“Ini aksi pertama selepas lebih sebulan berehat dan sudah tentu ada kelemahan perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Selangor, Selasa ini dalam aksi Piala Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu, Issey Nakajima (kiri) diasak pemain JDT II, Daniel Sang Ting
PEMAIN Terengganu, Issey Nakajima (kiri) diasak pemain JDT II, Daniel Sang Ting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia