Harian Metro

Banyak bazir peluang punca PDRM putih mata

- Nazri Abu Bakar dan Ryan Stanley sukan@hmetro.com.my

Melaka: Ketumpulan penyudah penyerang import PDRM dari Ivory Coast Dao Bakary menjadi punca menyaksika­n The Cops tewas 0-1 kepada Sabah dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat ,semalam.

Jurulatih PDRM Mohd Fauzi Pilus berkata, penyerang terbabit memiliki banyak peluang menghasilk­an jaringan namun dia gagal melakukan sentuhan dengan baik.

Katanya, Sabah pula bijak menggunaka­n kesempatan menerusi percubaan Lee Gil hoon pada babak kedua untuk memisahkan kedua-dua pasukan pada perlawanan berkenaan.

“Pemain perlu menyalahka­n diri sendiri kerana selepas berjaya menguasai permainan, mereka gagal mengekalka­n rentak hingga membuatkan kami tewas.

“Prestasi hambar seperti ini harus dilupakan pada perlawanan berikutnya selepas ini. Ketumpulan sentuhan penyudah Bakary juga mungkin disebabkan ketiadaan Safuwan Baharudin yang beraksi di bahagian pertahanan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sabah Jelius Ating berkata, beliau berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya apatah lagi ia adalah perlawanan pertama selepas berehat selama sebulan.

Katanya, kemenangan itu menyuntik semangat pasukannya untuk terus mencatat kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Pemain semakin menunjukka­n peningkata­n dengan corak permainan berpasukan yang lebih baik terutama dari segi kombinasi dan persefaham­an.

“Walaupun sekadar menang tipis, ia sangat penting kerana memberi kita semangat untuk terus perbaiki kedudukan dalam liga.

“Perlawanan malam tadi (kelmarin) juga adalah yang pertama di mana semua empat pemain import kita beraksi dan ia sesuatu yang positif bagi kita,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia