Harian Metro

Saling menyokong

-

Elvina, Mawar gembira dengan perkembang­an kerjaya masing-masing

Tiada rasa cemburu atau iri hati melihat rakan berjaya mencapai impian menjadi anak seni, sebaliknya dua bintang muda ini, Elvina Mohamad, 22, dan

Mawar Rashid, 22, gembira dengan perkembang­an kerjaya masing-masing.

Walaupun harus bersaing sesama sendiri, perkara itu tidak pernah membuatkan hubungan antara mereka menjadi dingin.

Sebaliknya Elvina dan Mawar sewaktu ditemui pada sesi fotografi khas ini menegaskan mereka saling menyokong.

Antara Mawar dan Elvina sebenarnya mula mengenali sebelum masing-masing dikenali apabila Elvina berkawan dengan abang Mawar, Edy Rashid.

Kata Elvina, ketika itu Edy bertugas sebagai pengarah uji bakat untuk iklan dan dia selalu mengikuti uji bakat yang dianjurkan Edy.

“Dari situlah juga saya mula berjinakji­nak dalam dunia lakonan. Kebetulan kami tinggal berdekatan waktu itu, Mawar di Taman Kosas dan saya menetap di Bukit Indah, Ampang.

“Saya berjaya dalam satu uji bakat untuk satu iklan dan Mawar terbabit sama. Jadi Edy menyaranka­n agar saya tumpang saja adiknya untuk ke lokasi penggambar­an. Bermula dari situlah kami mula kenal,” katanya.

Elvina atau Norzalina Mohamad akui apabila masing-masing cuba mengembang­kan bakat dalam dunia seni, mereka terputus hubungan.

Katanya, ada juga sesekali mereka mengikuti perkembang­an masing-masing di laman sosial dan bertegur sapa kalau bertemu dalam majlis keramaian.

“Sehinggala­h kami berpeluang dan dipertemuk­an membintang­i drama bersiri Suami Ku Paling Sweet. Itupun saya hanya dua babak saja bersama Mawar.

“Sebelum mengenali Mawar, saya sudah tahu akan populariti yang diraihnya menerusi laman sosial keek.com. Malah hendak diikutkan, Mawar lebih dulu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia