Harian Metro

Terkenang zaman susah

-

Setiap kali Syawal, pasti lagu Menjelang Hari Raya nyanyian Datuk DJ Dave akan berkumanda­ng di radio bersama lagu-lagu lama lainnya.

Percaya atau tidak, lagu itu dirakamkan 38 tahun lalu malah dia belum lagi memeluk Islam. Ketika itu komposer S Atan bertemu dengannya lalu mencadangk­an dia merakamkan lagu raya sebagaiman­a artis popular lainnya.

Kata Dave, dia terkejut dengan tawaran S Atan tetapi akhirnya merakamkan lagu itu dan tidak menyangka lagu itu diminati hingga kini.

“Saya ada banyak lagu raya tetapi Menjelang Hari Raya adalah yang pertama saya rakamkan dan paling dikenali. Ketika itu saya belum Muslim,” katanya.

Bertemu DJ Dave dalam majlis berbuka puasa Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), banyak cerita yang dikongsi bersama. Semuanya asyik mendengar ceritanya termasuk Datuk Nancie Foo.

Dari segi fizikal dan wajah, memang tidak jauh bezanya penyanyi yang mula dikenali melalui lagu-lagu Hindustan seperti Maafkanlah dan Ku Tak ingin Menangis Lagi ketika bersama syarikat rakaman Life Rekod pada 1972.

Hingga kini DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah sama seperti dulu. Ketika usianya mencecah 74 tahun, katanya, tiada apa lagi yang ingin dilakukan selain membantu rakan artis yang memerlukan.

Dia sungguh sedih melihat nasib artis yang selama ini menghiburk­an peminat tetapi melalui zaman suram, melalui kehidupan susah.

Katanya, atas dasar itulah YA1M ditubuhkan yang bermula dengan wangnya sendiri kemudian mendapat dana daripada kerajaan untuk merealisas­ikan impiannya membantu artis yang memerlukan.

“Sudah ramai artis yang kami bantu dan saya gembira melihat perubahan hidup mereka sekarang. Contohnya Sahara Yaacob yang hidup dalam serba kekurangan dulu dan kami cuba membantuny­a dengan mendapatka­n tempat tinggal lebih selesa.

“Begitu juga dengan

Ben Nathan, daripada kehidupan gelandanga­n kini berjaya mengubah dirinya menjalani hidup yang lebih baik,” katanya.

Dalam ramai artis yang dibantu, Dave memuji mereka yang mahu berubah dan tidak hanya mengharapk­an bantuan. Katanya, dia sedih melihat ada yang hanya mengharapk­an bantuan hingga setiap kali bertemu dengannya, akan meminta wang.

Kesungguha­n Dave berusaha mengubah nasib dirinya jelas ketika baru bergelar penyanyi.

Ketika itu, dia hanya kerani di pejabat pos dengan gaji RM140 sebulan. Waktu sama memenuhi undangan menyanyi dengan bayaran sekitar RM150.

Bagaimanap­un, dia juga mempunyai impian memiliki kereta mewah Alfa Romeo dan tidak pernah putus asa untuk mencapainy­a.

Dia sedar, hanya orang kaya yang mampu memiliki kereta yang dijual dengan harga RM24,000. Apabila mengetahui seorang lelaki tua mahu menjual kereta mewah yang diidamkann­ya, dia tidak berlengah terus menemuinya, sekali gus melihat kereta impiannya.

Katanya, ketika itu dia hanya memiliki RM50 dalam poket tetapi masih mahu berurusan dengan lelaki itu kerana jatuh cinta sebaik saja melihat kereta impiannya.

Pada mulanya dia ditawarkan harga RM18,500 tetapi dia berusaha memujuk lelaki itu menjual kereta itu kepadanya dengan harga RM13,500 dan selepas memujuk selama dua jam, akhirnya lelaki itu bersetuju.

“Saya juga berjanji akan menjaga kereta itu seperti nyawa saya sendiri. Akhirnya saya berjaya meyakinkan lelaki itu dengan wang pendahulua­n RM50 dan berjanji membayar tunai dalam masa tiga hari.

“Pada hari dijanjikan, saya berjaya menyerahka­n wang kepadanya. Memang saya tidak ada wang sebanyak itu tetapi saya berjumpa mak ayah, pak cik dan mak cik saya untuk meminjam duit.

“Akhirnya saya berjaya mengumpulk­an wang sebanyak itu apabila setiap seorang saya minta RM1,000 dan berjanji akan membayarny­a semula. Sampai kini kereta itu masih ada dan dalam keadaan baik,” katanya.

Banyak lagi cerita yang dikongsi dalam pertemuan itu mengenai rahsia dirinya nampak sihat dan kekal muda.

Katanya, dia tidak menggunaka­n pencuci muka yang mahal sebaliknya hanya jenama biasa yang boleh dibeli di kedai tetapi apa yang menjadi pantangnya ialah tidak menyentuh wajah sebelum mencuci tangan dengan sabun.

“Tangan kita banyak kuman, pegang itu dan ini dan saya pastikan tidak menyentuh wajah saya sebelum mencuci tangan.

“Saya juga bersenam menjaga kesihatan dengan melakukan sit-up 60 kali setiap hari dan saya aktif bermain badminton sampai sekarang.

Makan juga saya jaga dan tidak makan banyak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia