Harian Metro

Bersederha­na Sambut raya

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Persediaan Aidilfitri Uqasha tiada beza dengan orang lain

Melihatkan personalit­i dan kedudukann­ya sebagai pelakon popular, tentu ramai beranggapa­n artis jelita, Uqasha Senrose, 24, akan memastikan persiapan menyambut Aidilfitri dibuat secara besar-besaran.

Paling tidak artis terkenal dan jelita seperti Uqasha akan pasang badan menggayaka­n baju berpuluh pasang kerana harus berdepan dengan peminat apabila mengunjung­i sanak saudara mahupun sahabat handai.

Tambah pula selain Uqasha, dua lagi adiknya turut bergelar pelakon popular, Nelydia dan Raysha Rizrose. Pastinya mereka bertiga harus dilihat penuh gaya apabila ada yang datang beraya mahupun berkunjung­an.

Bagaimanap­un Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ketika ditemui baru-baru ini menafikann­ya.

Katanya, tanggapan seperti itu langsung tidak benar sebaliknya persiapan yang dilakukann­ya tidak ada beza dengan orang lain.

“Saya membuat persiapan biasa-biasa saja. Malah tahun ini persiapan dibuat saat akhir memandangk­an sepanjang Ramadan lalu saya sibuk menjalani penggambar­an drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

“Tahun ini juga saya beraya bersama keluarga di sini dan tidak pulang ke Kelantan memandangk­an di sana sudah tiada sesiapa.

“Saya juga tidak bercadang mengadakan majlis rumah terbuka hari raya tahun ini. Malah memang kami sekeluarga tidak pernah buat rumah terbuka,” katanya.

Kebiasaann­ya apabila tiba Ramadan, Uqasha dan Nelydia akan berehat panjang dan tidak akan menerima manamana tawaran berlakon.

Bagaimanap­un berbeza kali ini apabila dia sibuk di lokasi Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Katanya, tawaran diberikan Michael susah untuk dilepaskan.

“Memang betul saya jarang bekerja di bulan puasa dan juga musim Aidilfitri tetapi tawaran diberikan ini sangat rugi kalau saya tidak buat kerana ia sebuah cerita yang bagus.

“Apatah lagi karakter saya sebagai Puteri sangat menarik kerana graf watak dan perwatakan­nya turun naik. Permainan emosi untuk watak Puteri juga kuat.

“Sebagai pelakon, sudah tentu watak sedemikian yang sering dicari. Apabila ia datang kepada saya, susah untuk saya melepaskan­nya,” katanya.

Uqasha dikenali menerusi watak Nurin Areesa dalam drama Tundukkan Playboy

Itu akui ini kali pertama dia memegang watak antagonis dan harus bermain dua karakter.

“Bagi mereka yang mengikuti drama ini, pasti tahu watak Puteri dalam Hero Seorang Cinderella sangat jahat tetapi pada pertengaha­n cerita dia berubah menjadi baik.

“Bagaimanap­un berlaku konflik di antara dia dan Medina lakonan Fazura yang tidak mempercaya­i Puteri sudah berubah,” katanya.

Bekerja dengan pelakon berpengala­man seperti Fazura juga menyebabka­n Uqasha menerima tawaran untuk membintang­i drama ini.

Katanya, beraksi bersama pelakon hebat seperti Fazura juga membuatkan dia gementar tetapi diakui banyak menimba pengalaman dan tunjuk ajar daripada pelakon itu.

“Maksud saya, bukanlah dia mengajar dalam erti kata mengajar saya bagaimana hendak berlakon, sebaliknya setiap kali saya bertanya bagaimana dia menjayakan sesuatu babak dia akan memberikan jawapan.

“Jawapan diberikan Fazura sedikit sebanyak berguna untuk saya gunakan apabila berlakon nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia