Harian Metro

Soal pokoknya bukan bayaran

-

Perkara yang Cik Pang hendak kongsikan ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat artis tempatan supaya lebih berkualiti pada masa depan.

Baru-baru ini teman

Cik Pang memuji sikap ditunjukka­n pelakon Indonesia, Donny Alamsyah yang bukan saja bagus sikapnya, malah menunjukka­n tahap profesiona­l yang jarang ada dalam kalangan artis tempatan.

Kata teman Cik Pang, syarikat produksi tempatan menawarkan Donny untuk berlakon dalam produksi mereka. Selain Donny, turut berlakon beberapa pelakon nama besar tempatan.

Apa yang membuatkan teman Cik Pang kagum ialah pelakon yang cukup dikenali melalui filem hebat The Raid: Redemption dan Merantau ini bertanyaka­n karakter berbanding bayaran yang bakal diterima.

Sebaik ditawarkan berlakon, soalan yang dilontarka­n ialah siapakah karakterny­a dan bagaimana sejarah latar belakang karakterny­a. Apakah peranannya kepada jalan cerita dan banyak lagi. Tidak ada satu pun soalan pasal berapa bayaran akan diterima.

Jauh berbeza dengan soalan awal ditanya pelakon tempatan yang rata-rata bertanya berapa bayaran akan mereka terima dan berapa hari penggambar­an.

Bukan niat Cik Pang nak perlekeh bakat tempatan malah mereka juga ada hak untuk bertanya soal bayaran. Cuma, apabila melihat kualiti ditonjolka­n Donny yang turut mendapat reaksi positif dari luar negara melalui filemnya sebelum ini, rasa-rasanya artis kita perlu muhasabah diri semula tujuan menjadi pelakon.

Selalunya artis akan tuding jari kepada produksi yang cuba ambil kesempatan membayar artis pada harga murah tapi hal sebegini berlaku sekiranya artis itu sendiri tidak menunjukka­n sikap dan kualiti lakonan yang terbaik.

Seandainya sikap dan lakonan berkualiti tinggi ditonjolka­n mereka, tidak mustahil pihak produksi akan ‘malu alah’ dan sanggup membayar lebih daripada harga yang ditetapkan.

Begitupun, jika syarikat produksi tetap cuba mengambil kesempatan, artis sendiri ada hak untuk menolak dengan cara profesiona­l.

Apa sekalipun, segalanya berbalik kepada diri sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia