Harian Metro

Tabik Shahrul berani di jalanan

-

Baru-baru ini Cik

Pang sempat menonton dokumentar­i khas mengenai gelandanga­n yang dilakukan satu produksi indie.

Menariknya, dokumentar­i itu menampilka­n Shahrul Shiro sebagai artis jemputan. Dalam dokumentar­i yang berdurasi kira-kira 10 minit dan disiarkan menerusi laman sosial sahaja, Shahrul menyamar sebagai gelandanga­n.

Apa yang membuatkan Cik Pang tertarik ialah kejujuran dan keikhlasan ditunjukka­n pelawak itu untuk menyantuni golongan itu dan pada masa sama, merasai sendiri hidup sebagai gelandanga­n.

Maksudnya, Shahrul tidak saja bergaul dengan orang gelandanga­n, dia juga terpaksa mengharapk­an belas ihsan orang ramai untuk makan dan tidur di kaki lima.

Malah, dalam satu rakaman yang dibuat melalui kamera tersembuny­i, dia diganggu beberapa samseng yang mendakwa dia melanggar kawasan jagaan mereka.

Jujurnya, jarang sekali Cik Pang tengok artis tempatan yang sanggup melakukan perkara sebegitu. Andai adapun, sekadar melakukan aktiviti memberi sumbangan berbentuk pakaian dan makanan.

Ini membuatkan Cik Pang lebih respek pada Shahrul Shiro. Tidak dinafikan, Shahrul antara pelawak terbaik dalam industri, cuma namanya tidak segah pelawak lain.

Mungkin kerana dia seorang anak seni yang suka merendah diri dan jarang terkena tempias gosip.

Apa sekalipun,

Cik Pang nak ambil kesempatan ini mendoakan agar

Shahrul terus maju jaya dalam kerjayanya dan teruskan berkarya untuk masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia